Monday 21 September 2009

RAMADHAN>.>>

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah bulan rahmat yang mana seorang Muslim itu giat berusaha mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda dariNya. Ia juga merupakan bulan yang memberikan banyak pelajaran kepada umat Islam seperti yang tertulis di dalam lipatan sejarahnya. Sepanjang bulan ini kaum Muslimin telah banyak berjuang dalam pertempuran yang dengan demikian itu rahmat Islam telah berjaya dikembangkan ke tanah yang baru dan penjajah tanah umat Islam dihalau demi menegakkan kembali kekuasaan Islam dan umatnya. Salah satu peperangan yang terkenal adalah Perang Ain Jalut yang berlaku dalam tahun 658 hijriah menentang penjajahan kaum Tartar, yang dianggap sebagai salah satu daripada kejayaan luar biasa yang pernah tercatat dalam sejarah kemanusiaan. Mengambil kira situasi sukar yang berlaku terhadap umat Islam masa kini di Afghanistan, Palestin, Kashmir, Indonesia, Bosnia, Chechnya - malah umat Islam di seluruh dunia secara umumnya, banyak /kesamaan dan iktibar penting yang dapat kita timba dari peristiwa peperangan yang terkenal ini.

Gambaran Keseluruhan Peperangan

Di penghujung tahun 656 Hijriah, bangsa Tartar telah melancarkan satu serangan mereka yang terbesar ke atas tanah Khilafah Muslimin yang mengakibatkan jatuhnya kota Baghdad, terbunuhnya Khalifah Mu'tasim Billah, dan terjajahnya tiga per-empat dari wilayahnya. Sewaktu dalam perjalanan menghala ke Mesir dan Maghribi, kubu akhir yang terkuat bagi kaum Muslimin, tentera Tartar telah menghantar sepucuk surat ancaman untuk Wali (Gabenor) wilayah Mesir, Mahmoud Saifudeen Qutuz, yang antara lain menyatakan, "Kami telah menghancurkan tanah itu, menjadikan anak-anak mereka yatim-piatu, menyeksa dan membunuh mereka, mencabul kehormatan mereka dan menjadikan pemimpin mereka tawanan. Apakah anda fikir anda boleh melepaskan diri daripada kami? Anda akan tahu selepas ini apa yang akan datang kepada anda..." mereka menjangkakan, ugutan semacam ini sudah mampu untuk mematahkan rintangan kaum Muslimin terhadap kemaraan mereka lantaran kelemahan dan rendahnya moral dan semangat kaum Muslimin ketika itu. Qutuz bagaimanapun telah memberikan jawapan yang berbeza. Beliau telah membunuh semua delegasi tentera Tartar tersebut dan mayat mereka dibiarkan tergantung di dalam kotanya, sehingga tindakannya itu dilihat berjaya meningkatkan semangat tentera dan rakyatnya, dan dari satu sudut yang lain pula ia berjaya menyampaikan amaran keras terhadap pengintip yang dihantar serta pengikut setia musuhnya.

Ia telah berjaya menaikkan semangat kaum Muslimin ketika itu dan pada masa yang sama telah mengejutkan kaum Tartar kerana mereka sedar bahawa mereka sedang menghadapi seorang pemimpin yang lain daripada apa yang telah mereka jumpai sebelum ini.

Qutuz kemudiannya menghimpunkan kaum Muslimin untuk menghadapi pertempuran yang tidak dapat dielakkan tersebut. Di bawah kepimpinannya, kaum Muslimin telah bersatu atas dasar Iman, kesepakatan, dan senjata-senjata besi yang perlu telah disediakan untuk berhadapan dengan musuhnya. Dia turut memohon bantuan dari pegawai-pegawainya dan para ulama' untuk bersama-sama dengannya menyeru kaum muslimin untuk berjuang mempertahankan Islam dan menumpukan usaha untuk membebaskan tanah-tanah mereka yang telah dijajah.

Tibalah masa untuk pertempuran yang kemudiannya berlaku di medan perang Ain Jalut bersamaan dengan hari Jumaat, 25 Ramadhan 658 hijriyah. Qutuz sendiri yang mengepalai tentera kaum Muslimin ke medan perang telah memberikan goncangan pada jiwa tentera-tentera Tartar. Memerhatikan situasi ini, Qutuz kemudiannya memanjat naik atas seketul batu besar, mencampakkan topi perangnya, beliau melaungkan "Wa Islamah. Wa Islamah." (Demi Islam! Demi Islam!). Beliau menyeru tentera-tenteranya menetapkan hati berjuang menentang musuh-musuh Allah. Kemudian pemimpin tentera Muslimin beliau yang asalnya berasa goyah dan putus asa terhadap pertempuran ini berpaling apabila mendengar suara beliau yang garang bersama riak mukanya yang kemerahan marah menghayun dan menebas pedangnya dengan penuh keberanian untuk menewaskan musuh-musuhnya. Keberanian Qutuz ini telah memeranjatkan pemimpin-pemimpinny a yang pantas mengikuti langkah-langkahnya, dan akhirnya meningkatkan semangat tentera Islam keseluruhannya. Lama-kelamaan pertempuran itu telah mulai memihak kepada tentera Muslimin sehinggalah kemudiannya barisan tentera Tartar dihancurkan memaksa mereka melarikan diri dari medan pertempuran. Kemenangan berpihak kepada Islam dan kaum Muslimin. Bagi tentera Tartar, apabila mereka menyedari serangan dan dominasi mereka ke atas wilayah Timur Islam semakin pudar dan umat Islam berjaya meningkatkan kembali kekuatannya, mereka telah melarikan diri pulang ke tanah air mereka, yang memudahkan usaha-usaha Qutuz untuk membebaskan kesemua wilayah Shaam dalam masa beberapa minggu. Kemenangan besar kaum Muslimin di bawah kepimpinan yang ikhlas tersebut, yang pada satu masanya adalah sangat lemah dan dikuasai oleh musuh, mempunyai banyak kesamaan ke atas keadaan umat Islam pada hari ini.

Perbandingan 1 - Pengkhianatan Pemimpin

Keupayaan kaum Tartar menghancurkan umat Islam, mengambil alih ibu kota Khilafah, membunuh rakyat-rakyatnya yang tidak berdosa, dan menjajah sehingga dua pertiga tanah umat Islam, adalah sebagai akibat daripada pengkhianatan yang dilakukan oleh Al-`Alkami. Al-`Alkami adalah menteri Khalifah Mu'tasim Billah. Dia memperdaya Mu'tasim supaya melakukan perdamaian dengan pihak Tartar sementara itu pada masa yang sama dia telah mengikat perjanjian rahsia dengan mereka, menjanjikan untuk mereka pelepasan dari sebarang halangan semasa serangan mereka dengan syarat mereka melantiknya menjadi Khalifah dan membenarkan dia mendirikan kerajaannya sendiri di Baghdad. Pengkhianatan ini telah membawa kepada kematian Mu'tasim dan pegawai-pegawainya yang ikhlas serta ulama yang diutus oleh khalifah untuk berunding dengan kaum Tartar kemudiannya telah dibunuh oleh mereka. Ia juga membawa kematian kepada dirinya sendiri di tangan kaum Tartar, dan janji mereka kepadanya tidak memberikan apa-apa makna.

Bandingkan pengkhianatan yang dilakukan oleh Al-Alkami dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin umat Islam pada masa sekarang. Kaum Muslimin telah diperdaya supaya melakukan perdamaian dengan Israel melalui tindakan pemimpin-pemimpin, yang kebanyakannya telah melakukan perdamaian ini secara terbuka, seperti Hosni Mubarak di Mesir, Raja Abdullah di Jordan, dan Yasser Arafat di Palestin. Hasil dari pengkhianatan ini, entiti Israel terus wujud dan juga pembelotan serta pertumpahan darah Muslimin di Palestin yang hidup umat yang tertindas di bawah pemerintahan Israel. Apa yang pemerintah ini dapat sebagai balasan daripada pihak musuh tersebut? Keadaan ekonomi yang parah, masyarakat yang terabai, hilangnya kuasa politik, ketakutan yang berpanjangan terhadap Israel dan umat Islam yang telah mengetahui tentang pembelotan pemimpin-pemimpin ini yang berusaha untuk menjatuhkannya. Contohnya Musharraf yang cuba meyakinkan umat Islam di Pakistan tentang faedah-faedah membenarkan Amerika mengebom muslimin di Afghanistan atas dasar manfaat ekonomi, penghapusan sekatan ekonomi dan pembentukan kerajaan baru di Afghanistan. Apa yang Musharraf dapat sebagai balasan terhadap perkhidmatannya kepada Amerika? Faedah ekonomi yang dijanjikan oleh Amerika tidak memberi sebarang kesan terhadap jumlah hutang yang dimilikinya lantaran polisi penyesuaian struktur IMF yang sukar dan telah menempatkan sumber ekonomi paling penting Pakistan berada di tangan pelabur-pelabur dan institusi swasta asing sehingga meletakkan umat Islam di Pakistan terus berada dalam kesusahan. Secara politik, Musharraf `terkejut' apabila mendapat tahu NATO telah memasuki Kabul dengan kebenaran Amerika, walhal sebelumnya Amerika telah berjanji untuk menghalang NATO daripada memasukinya sehingga ia berunding dengan kepimpinan Pakistan.

Pemimpin-pemimpin ini dan pengkhianatan yang mereka lakukan tidak membawa apa-apa keuntungan sama ada kepada Islam, Muslimin, malah kepada diri mereka sendiri - namun mereka masih meneruskannya.

Firman Allah SWT:

"(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya) ."[TMQ An-Nisa'[4]: 139]

Perbandingan 2 – Reaksi kepada Ancaman Musuh

Tentera Tartar telah memberikan ugutan dan peringatan kepada kaum Muslimin mengenai sebarang penentangan terhadap penjajahan dan pemerintahan mereka. Tetapi, walaupun tentera Muslim berada dalam keadaan yang lemah dan rendah semangat mereka, Qutuz bangkit dengan keyakinan terhadap Islam dan bertindak balas terhadap surat ancaman tersebut dengan ancaman yang lebih kurang serupa. Tindakan beliau ke atas delegasi kaum Tartar tersebut adalah untuk menyampaikan mesej kepada mereka bahawa mereka sedang berhadapan dengan seorang pemimpin yang tidak akan berkompromi terhadap penghinaan/penodaan terhadap Islam, umatnya dan tanahnya. Beliau kemudiannya telah menggerakkan tentera-tenteranya untuk persediaan peperangan tersebut.

Bandingkan hal ini dengan keadaan semasa Bush, Presiden AS mengumumkan bahawa perang Afghanistan adalah peperangan yang mana negara-negara dunia harus memilih sama ada ingin berpihak kepada AS atau menjadi musuh AS. Di hadapan delegasi PBB, dia memberikan ancaman dengan menyatakan "Sama ada anda bersama atau menentang kami". Bagaimana pemimpin-pemimpin umat Islam telah bertindak balas terhadap ugutan ini yang membawa kepada penodaan ke atas Islam, umat dan tanahnya?

Musharraf, Karimov dan pemimpin Turki adalah antara mereka yang bukan hanya menyokong tindakan dan ugutan Amerika ini, malah turut menyediakan bantuan logistik dan perisikan ke atas serangan yang dilakukan pada umat Islam di Afghanistan. Pemimpin Libya, Muamar Gadafi dan pemimpin Jordan, Abdullah adalah antara mereka yang menyatakan sokongan mereka pada Amerika kepada umum dan malah memberikan sokongan kepada Amerika untuk meneruskan pengeboman walaupun dalam bulan Ramadhan. Pemimpin yang lain seperti Bashier (Sudan) dan Arafat menawarkan sokongan mereka dengan mengumpulkan senarai "pengganas yang disyaki" di dalam negara mereka dan menyerahkannya kepada CIA.

Orang-orang seperti Basar al-Assad pemerintah Syria, yang memberikan sokongan secara tidak lansung mereka kepada Amerika untuk mendapatkan jaminan supaya ancaman dan serangan Amerika ini hanya terbatas setakat di Afghanistan sahaja dan tidak merebak ke negara-negara Arab. Manakala untuk orang-orang seperti Saddam Hussein, penentangannya terhadap Amerika yang ditunjuk-tunjukkan kepada umum tidak boleh dianggap sama seperti kedudukan Qutuz. Qutuz berdiri untuk Islam dan semangatnya untuk membela Islam, manakala Saddam pula telah menodai/menghina agama Islam, mencabut nyawa kaum muslimin, dan mengaut kesemua kekayaan milik rakyat di Iraq lebih dahulu awal-awal lagi sebelum kedatangan Amerika. Dan untuk kedudukan politiknya, ianya jelas untuk kepentingan dan faedah tuannya, iaitu pihak British.

Sementara tindak balas Qutuz kepada kaum Tartar telah menaikkan semangat kaum Muslimin dan pada masa yang sama telah memberikan kejutan kepada musuhnya, tindak balas pemimpin hari ini pula dalam menghadapi keadaan yang sama seperti dahulu, telah menyebabkan umat Islam menderita dan pada masa yang sama menjanjikan Amerika mencapai apa sahaja kehendaknya. Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [TMQ Muhammad (47) : 7]

Perbandingan 3 – Reaksi Para Ulama'

Antara ulama' terkenal yang melibatkan diri menyeru kaum Muslimin untuk bersatu dan bersedia untuk berjihad di waktu Ain Jalut adalah Sheikh-ul-ulama' Al-Izz Bin Abdis-Salam. Selain menyahut seruan Qutuz menyeru kaum Muslimin dengan bersemangat dan juga menggunakan mimbar-mimbar masjid untuk memperingatkan kaum Muslimin tentang tanggungjawab mereka, keikhlasan beliau terserlah contohnya apabila Qutuz meminta fatwa untuk membenarkan kerajaan mengambil cukai daripada rakyat bagi tujuan untuk menyediakan kelengkapan perang dan tentera Muslimin, beliau menolak sehinggalah semua harta pemerintah dan pegawai kerajaan dibelanjakan untuk tujuan itu.

Bandingkan hal ini dengan ulama'-ulama' yang duduk dalam masyarakat pada masa kini, manakala pada masa yang sama ramai lagi pejuang-pejuang agama yang ikhlas menderita disumbatkan ke dalam penjara-penjara di negara umat Islam. Bagaimana ulama' hari ini sanggup turut bersekongkol bersama dengan pemerintah membelot terhadap Islam dan umatnya di Afghanistan dan di negeri-negeri mereka sendiri. Ketika Putera Nayef, Menteri Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan "tidak ada sesiapa yang berhak mengeluarkan fatwa melancarkan jihad dan memberi sokongan ke atas rejim Afghanistan, kecuali Majlis Fatwa atau sesiapa sahaja yang dibenarkan oleh majlis tersebut untuk mengeluarkan fatwa. Ulama bersepakat ke atas perkara ini, dan jihad tidak menjadi wajib sehinggalah perintah melaksanakannya dikeluarkan oleh pemerintah negara tersebut", ke manakah perginya para ulama' yang duduk dalam majlis fatwa tersebut yang sepatutnya mengisytiharkan jihad? Malah di Amerika Syarikat, ada seorang Imam yang mengisytiharkan bahawa tanggungjawab seorang tentera Muslim dalam pasukan tentera Amerika dalam mempertahankan tanah air mereka dan menyerang sesiapa sahaja yang dianggap oleh Amerika sebagai musuh. Daripada mempertahankan kebenaran pimpinan yang adil, mereka lebih suka membenarkan pemesongan yang dilakukan oleh pemimpin yang zalim yang telah memisahkan tanah-tanah kaum Muslimin dan menerapkan undang-undang kufur ke atas mereka. Malahan mereka telah mereka telah membenarkan para pemimpin merampas kekayaan kaum Muslimin dengan mengenakan cukai yang tinggi dan melampau seperti kerajaan Pakistan yang mengenakan Cukai Jualan dan peningkatan Cukai Tambahan (Value Added Tax-VAT) yang dikenakan oleh kerajaan Sudan sebagai tambahan kepada cukai yang sedia ada.

Abi al-`Awar as-Silmi (ra) melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Berhati-hatilah kamu terhadap pintu-pintu yang mendekati penguasa, kerana ia sebenarnya menjadi punca fitnah dan juga kehinaan" [Sahih ad-Dailamee, Ibn Mundah, Ibn-Asaki - as-Saheehah: 1253]

Perbandingan 4 – Persediaan Menghadapi Peperangan

Qutuz telah menghimpunkan pegawai-pegawainya, para Ulama' dan kaum Muslimin atas dasar Iman, perpaduan dan persediaan untuk berperang serta menumpukan kepada kejayaan yang bakal Allah berikan pada kaum Muslimin ke atas musuhNya. Dana yang mencukupi talah dikumpulkan untuk mencapai objektif ini dan tenteranya telah digerakkan untuk bertarung di medan jihad demi mempertahankan Islam, umat dan tanah kaum muslimin menentang kaum penjajah.

Bandingkan pemerintah umat Islam pada hari ini yang juga telah mengumpulkan para pegawai, ulama' dan tentera untuk peperangan. Musharraf telah membantu Amerika untuk persediaan peperangan menentang kaum Muslimin dan meninggalkan mereka sepenuhnya. Dia lebih sanggup mengarahkan tenteranya berkawal di sepanjang sempadan Afghanistan- Pakistan bagi menghalang kemasukan kaum Muslimin dari negara itu ke sempadan negaranya bagi mencari perlindungan daripada memerintahkan tenteranya berdiri bersama-sama umat Islam Afghanistan menentang musuh mereka. Musharraf juga menggunakan tenteranya untuk menekan sebarang usaha demonstrasi yang menyatakan sokongan terhadap Jihad di Afghanistan dan menghalang sebarang penyaluran dana untuk jihad di sana. Sementara itu di sebelah Jordan pula ketika serangan Israel ke atas Palestin sedang berlaku. Salah satu unit tentera Jordan yang baru sahaja pulang dari melaksanakan tugas yang jauhnya adalah 1500 batu dari tempat mereka untuk mempertahankan kepentingan British di Sierra Leone sanggup hanya sekadar melintasi sempadan Palestin dan membiarkan sahaja kaum Muslimin yang dibunuh oleh tentera Israel, yang jaraknya dari kawasan mereka hanyalah 10 meter.

Adakah para pemerintah ini telah melupakan perintah Allah SWT yang firmanNya berbunyi:

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." [TMQ Al-Anfaal (8) :60]

Dan Allah SWT juga berfirman:

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat..."[TMQ al-Mumtahanah[ 60]:1]

Perbandingan 5 - Seruan Kembali kepada Islam Ketika Saat Memerlukan

Di waktu tentera Tartar masih lagi menguasai pertempuran, Qutuz telah memanjat sebuah batu besar, mencampakkan topi perangnya sambil melaungkan "Wa Islamah... Wa Islamah" (Demi Islam..Demi Islam), menyeru tenteranya berdiri teguh menentang musuh-musuh Allah. Tindakan beliau ini adalah sama seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sewaktu dalam peperangan Uhud yang mana baginda menyeru sembilan orang Sahabat (radhiallahuanhum) yang berada di sekitar baginda sambil melaungkan, "Marilah sini! Marilah sini! Akulah Rasulullah," yang mana pada ketika itu kafir Quraisy telah pun menguasai pertempuran tersebut mengatasi kekuatan Muslimin dan ramai di kalangan kaum Muslimin ketika itu yang mulai lemah dan meninggalkan medan pertempuran selepas mendengar khabar bahawa Rasulullah SAW telah terbunuh. Inilah keimanan, semangat dan rasa cinta terhadap Islam yang ingin dibina oleh Qutuz pada tentera-tenteranya.

Bandingkan situasi tersebut pada pemerintah hari ini. Walaupun keadaan pada ketika ini amat memerlukan penyatuan kaum Muslimin atas dasar Islam dan bantuan dari Allah merupakan satu kepastian, malangnya kita masih melihat pemerintah hari ini melaungkan, "Demi Amerika!! Demi PBB!! Demi NATO!!" Arafat dan pemerintah Arab tidak berusaha mengumpulkan kekuatan kaum Muslimin atas dasar Islam ketika berhadapan dengan Israel. Sebaliknya Arafat telah menyatakan bahawa tidak akan ada perdamaian selagi Amerika tidak masuk campur tangan. Juga seperti mana Mushararraf. Ketika beliau ditekan oleh Amerika berkenaan Afghanistan, dia bertindak menghimpunkan kaum Muslimin supaya menyokongnya di dalam menerima tuntutan Amerika yang mahu menggunakan lapangan terbang Pakistan bagi melancarkan serangan ke atas Afghanistan.

Tidakkah pemerintah-pemerint ah ini ingat akan doa Rasulullah SAW ketika baginda dihalau keluar dari Kota Thaif sambil tubuh baginda dibasahi darah akibat dibaling batu oleh kanak-kanak dan hamba abdi, beliau mengadu: "Ya Allah! Kepada Engkaulah aku mengadukan kelemahan kekuatanku, dan sedikitnya daya upayaku dan kehinaanku bagi manusia, ya Tuhan yang Maha Penyayang kepada orang-orang yang kasih sayang. Ya Tuhan, Engkaulah yang memelihara orang-orang yang dipandang lemah, yang tertindas, dan Engkaulah Tuhanku, kepada siapa Engkau akan menyerahkan aku? apakah kepada musuh yang jauh yang amat benci kepadaku, ataukah kepada kawan yang dekat yang telah Engkau beri kekuasaan mengurus urusanku? Jika engkau tidak murka kepadaku, maka tidaklah mengapa, aku tidak peduli, melainkan kemurahan Engkau lebih lapang kepadaku, itulah yang aku harapkan. Aku berlindung kepada Nur Wajah Engkau yang mulia, yang menyinari langit dan bumi, dan yang menerangi semua kegelapan dan memperbaiki urusan dunia dan akhirat. Semoga Engkau janganlah menjatuhkan kemarahan Engkau kepadaku; atau janganlah Engkau menurunkan kemurkaan Engkau kepadaku; Dan kepada engkaulah semua celaan ini aku serahkan sehingga Engkau redha. Dan tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Engkau jua."

Perbandingan 6 – Kesan daripada peperangan

Kesan utama daripada peperangan ini adalah pembebasan kaum Muslimin dari penguasaan kaum Tartar dan aqidah mereka yang sesat, meningkatnya keyakinan dan semangat kaum Muslimin, dan juga mendapatkan semula kekuatan dan kedudukan Negara Islam yang telah berdiri semenjak berabad lamanya mempertahankan Islam dan umatnya ke atas tersebarnya kekufuran.

Bandingkan dengan hari ini. Lihat sahajalah pada perang Arab-Israel, Pakistan-India, Bosnia, Palestin, Perang Teluk dan lain-lain lagi yang melibatkan umat Islam, hasil langsung dari kesemua ini adalah pemerintah-pemerint ah umat Islam ini telah mengukuhkan lagi kekuasaan kufur ke atas mereka, menghancurkan semangat dan keyakinan kaum Muslimin, mengkhianati Islam dan umatnya. Kesan malapetaka yang berlaku di Afghanistan telah memperlihatkan betapa pemimpin-pemimpin Afghanistan berkumpul seperti peminta sedekah di persidangan Bonn, German yang membincangkan kerajaan baru Afghanistan setelah tertumpahnya darah kaum Muslimin di sana, sementara penjajah Amerika pula sibuk untuk mencari kawasan baru bagi serangan mereka ke atas pengganas.

Kesimpulan

Perang Ain Jalut adalah peristiwa gilang-gemilang yang berlaku dalam lipatan sejarah umat Islam. Jika hendak dibuat perbandingan dengan tujuan untuk mencari pengajaran di dalam usaha untuk membangkitkan semula umat Islam, maka pengajaran yang dapat diambil daripada sejarah perang tersebut adalah:

Di bawah kepimpinan Islam yang ikhlas, umat Islam itu telah disatukan, mereka berjaya memperoleh kekuatan dan mengatasi kelemahan, Iman mereka dihidupkan dan tentera-tenteranya pula dipersiapkan dan digerakkan untuk menghalau penjajah, mempertahankan tanah dan jiwa umat Islam dan mengembalikan kekuasaan kepada Islam.

Pada hari ini kita tidak lagi memiliki pemimpin yang ikhlas dan juga negara Islam yang akan menggerakkan sumber-sumber yang dimiliki umat Islam untuk memikul tanggungjawab terhadap agama dan umatnya. Iaitu pemimpin-pemimpin yang sentiasa mencari kemenangan ke atas musuh Allah, rasulnya dan juga kaum muslimin.

Bulan Ramadhan yang dirahmati ini tidak seharusnya berlalu tanpa umat Islam itu bangkit dan melibatkan diri dalam tugas untuk mengebumikan kepimpinan dan sistem kufur yang sedang menguasai ruang lingkup kehidupan kita pada hari ini.

Semoga Allah SWT memberikan pertolongan kepada kita untuk menunaikan ibadah puasa ini dan menegakkan kembali Khilafah yang akan mengembalikan hak dan kehormatan umat Islam dalam masa terdekat ini.

Sumber : www.khilafah. com

wahai umat islam!!!!

BRITAIN memerlukan dasar baru untuk menangani isu berkaitan dengan eksploitasi rasis berikutan kejadian yang berlaku di luar sebuah masjid di London. Setiausaha Komuniti Britain, John Denham memberitahu akhbar The Guardian satu strategi baru daripada kerajaan diperlukan untuk menangani isu yang cuba dieksploitasi oleh pelampau kaum. Beliau membuat kenyataan itu selepas pasukan pencegah rusuhan polis menangkap 10 orang kelmarin dalam satu pergaduhan antara penunjuk perasaan beragama Islam dengan kumpulan anti-Islam di luar sebuah masjid di London. Menurut Denham, menteri-menteri akan mendedahkan program kerajaan itu yang menjadikan komuniti berkulit putih dan kelas pekerjaan sebagai sasaran. Pada kejadian yang berlaku Jumaat lalu, polis membuat tangkapan dan meleraikan tunjuk perasaan selepas sekumpulan pemuda Muslim membaling kayu dan batu ke arah sekumpulan penunjuk perasaan anti-Islam. Kira-kira 1,000 orang menyertai tunjuk perasaan itu. Seorang penunjuk perasaan, Khairul Khan berkata, penunjuk perasaan Islam sebenarnya tidak menunjukkan perbuatan agresif. "Kami cuma mempertahankan masjid kami. Kami cuba untuk menghentikan mereka daripada menyerang rumah Tuhan kami," katanya. - AFP

Sumber: Kosmo 12/09/09

Kebencian Barat Kepada Islam Dan Umat Islam Terus Membara

Nampaknya kejadian serangan 11 September 2001 lapan tahun yang lepas terus menjadi pemicu untuk mewujudkan kebencian Barat kepada Islam. Inilah keadaan dan nasib umat Islam di seluruh dunia. Mereka terus dijadikan sasaran oleh golongan yang anti dan benci kepada Islam dan umat Islam. Dalam isu di atas kita dapat melihat bagaimana pihak berkuasa dan keselamatan Britain gagal menjalankan tugasnya untuk menghalang kejadian ini dari berlaku. Umat Islam di Britain diprovokasi oleh golongan-golongan yang anti kepada Islam. Malangnya kita melihat bagaimana akhbar memetik sebagai berkata"sekumpulan pemuda Muslim membaling kayu dan batu ke arah sekumpulan penunjuk perasaan anti-Islam". Ini seolah-olah umat Islam yang memulakan pergaduhan ini dan mereka berada di pihak yang salah dalam keadaan tersebut.

Pihak anti Islam sering menjadikan perkara yang mulia di sisi Islam seperti nabi Muhammad SAW, al-Quran, masjid, hijab dan sebagainya sebagai sasaran untuk memprovokasi umat Islam agar terpancing dan bertindakbalas dengan apa yang mereka lakukan. Amat hina apa yang dilakukan oleh golongan kufur ini. Pihak kufur tanpa henti akan terus berusaha untuk memadamkan cahaya Islam. Firman Allah SWT

" Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)". [TMQ At Taubah (9) : 32].

Inilah nasib yang menimpa umat Islam saat ini yang hidup dalam kehidupan yang tidak dinaungi oleh Daulah Islam. Tidak ada seorangpun pemimpin dunia umat Islam yang berani mempertahankan Islam dan umat Islam. Di manakah Mubarak, Raja Abdullah, SBY, dan yang seangkatan dengan mereka di saat umat Islam ditindas? Yang pastinya mereka sedang mabuk dengan kehidupan dunia yang menipu ini. Faktanya saat ini, semenjak serangan 11 September 2001, umat Islam sering dijadikan kambing hitam oleh musuh-musuh Islam yang tanpa rasa jemu terus mengsasarkan serangan mereka samada yang berbentuk pemikiran mahupun yang berbentuk fizikal kepada Islam dan umat Islam.

`Wahai umat Islam! Sudah sampai masanya Khilafah itu tertegak bagi melindungi dan menjaga kehormatan dan kemuliaan kamu.

Wahai umat Islam! Apakah kamu akan terus berdiam diri dengan membiarkan penghinaan ini terus berlaku?

Wahai umat Islam! Amat malanglah jika kamu terus bersikap sedemikian rupa.

Wahai umat Islam! Di manakah kemuliaan yang kamu miliki?

"Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" . [TMQ Al Munaafiquun (63) :8].

Wahai umat Islam! Kamu wajib untuk terus berpegang teguh dengan Islam. Kamu wajib untuk menyampaikan kebenaran Islam. Kamu wajib untuk menyatakan bahawa Islamlah satu-satu sistem kehidupan alternatif kepada kebobrokan dunia Kapitalisme hari ini.

satu artikel...ttg minyak

Apakah yang menyebabkan harga minyak melambung tinggi?

Terdapat pelbagai sebab mengapa harga minyak melambung tinggi. Pengaruhnya mengikut turutan adalah:

1. Spekulasi
2. Kapasiti penapisan minyak
3. Kadar penggunaan minyak yang semakin meningkat
4. Kemuncak minyak (Oil Peak) – sumber minyak dunia semakin berkurangan. .
5. Suasana geopolitik dan situasi ekonomi AS

Bagaimana para spekulator telah menyumbang kepada kenaikan harga?

Dana lindung nilai (hedge funds) dan bank-bank pelaburan di AS khususnya dan di dunia amnya terpaksa menghadapi kerugian akibat penyusutan nilai aset yang sangat besar dari keruntuhan pasaran sebenar di AS yang disebabkan oleh masalah yang dihadapi dalam sektor sub-prima. Untuk mendapat semula modal akibat kerugian yang dihadapi, para spekulator berganjak kepada sektor lain bagi mendapatkan keuntungan. Dan pilihan para spekulator adalah pasaran komoditi – terutama komoditi seperti makanan dan minyak yang boleh dipertaruhkan dan dapat menjamin keuntungan. Akibatnya, keuntungan yang diperoleh para spekulator 'dibayar' dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk dunia akibat dari peningkatan harga makanan dan minyak yang melampau. Laporan Penyelidikan Jawatankuasa Kecil Kekal Senat AS pada bulan Jun 2006 dalam "Peranan Spekulasi Pasaran dalam peningkatan harga minyak dan gas" menyatakan, "…terdapat bukti yang kuat menyokong satu kesimpulan bahawa spekulasi yang banyak dalam pasaran membawa kepada kenaikan harga yang signifikan.. ". Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh William Engdahl, seorang ahli geopolitik, beliau mendakwa bahawa lebih 60% dari harga minyak adalah merupakan kesan spekulasi.

Kapasiti penapisan minyak tidak banyak diperkatakan dalam sebarang perdebatan mengenai kenaikan harga minyak. Bagaimana ia member kesan terhadap harga minyak?

Mengeluarkan minyak dari bumi adalah satu persoalan, namun untuk mengeksploitasi pelbagai elemen yang terkandung di dalam minyak mentah memerlukan proses penapisan. Penapisan minyak melibatkan sebuah loji pemprosesan di mana minyak mentah diproses dan disaring menjadi produk petroleum yang berguna, seperti petrol, minyak diesel, minyak pemanas (heating oil), kerosin, dan cecair gas petroleum.

Penapis minyak beroperasi berdasarkan konsep `just-in-time' ; cara ini menjejaskan pembinaan lebih banyak kilang-kilang penapis baru. Kos yang tinggi dan masa yang panjang untuk membina kilang-kilang tersebut banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat mengenainya dan akibatnya ia hanya dibina apabila diperlukan sahaja. Harga minyak dan gas ini secara relatifnya adalah rendah sekitar 1980an dan 1990an; justeru terlalu sedikit kilang penapisan dibina. Lonjakan harga yang secara mendadak dalam akhir era 1990an tidak dijangka akan berpanjangan, justeru kapasiti penapisan tidak ditambah (melalui ramalan tawaran dan permintaan untuk 25 tahun akan datang). Kebangkitan India dan China berlaku sangat cepat dan mengakibatkan peningkatan kapasiti penapisan kilang sedia ada; inilah sebab mengapa sejak beberapa tahun yang lalu penapisan minyak mengalami kesesakana dan ini telah menyumbang kepada lonjakan harga di dalam produk-produk tapisan seperti petrol, nafta, minyak jet dan dan lain-lain.

Timur Tengah memiliki simpanan terbesar minyak dunia (61%) dan mengepam 31% daripada minyak dunia setiap tahun, tetapi hanya menapis 8% daripadanya.

Sungguhpun pengeluaran minyak terus meningkat dan walaupun penggunaan juga bertambah, namun dalam 30 tahun terakhir ini sangat sedikit kilang-kilang penapis minyak telah dibina di seluruh dunia. AS – pengguna terbesar minyak dunia tidak pernah membina kilang penapisan baru sejak 1976. Motif utama di sebaliknya adalah mudah - keuntungan yang diperoleh syarikat-syarikat minyak adalah rendah. Dalam era 1980an dan 90an, kilang-kilang penapis minyak milik Amerika bukan sahaja tidak ditambah, malah kilang yang sedia ada ditutup!. Dalam tahun 2001, Senator Ron Wyden penulis laporan lengkap bagi industry penapisan negara AS. Dia menyatakan bahawa antara 1995 dan 2001 terdapat sejumlah 24 kilang penapisan yang ditutup di Amerika Syarikat.

Apakah peranan dimainkan oleh permintaan global dalam peningkatan mendadak harga minyak?

Sejak awal abad ke-20, penemuan minyak telah membawa sebuah revolusi cara hidup apabila satu anjakan telah berlaku dari penggunaan arang batu dan wap kepada penggunaan minyak dalam kebanyakan mesin dan kenderaan. Sejak itu, dengan penciptaan teknologi baru, masyarakat di Barat menjadi semakin terlalu bergantung kepada minyak.

Penggunaan di Barat dan kebergantungan terhadap minyak telah memainkan peranan langsung dalam peningkatan harga minyak dan akan terus memberikan pengaruh yang kuat kepada harga minyak di masa akan datang. Oleh kerana ekonomi dunia Barat dibina di atas penggunaan (consumption) keperluan terhadap produk-produk berasaskan minyak seperti bahan bakar untuk kenderaan, bahan bakar untuk penjanaan elektrik, minyak pelincir, plastik dan kemudahan penyediaan makanan akan terus meningkat dan mempengaruhi harga minyak kecuali jika bahan bakar alternatif ditemui.

India dan China selalu dipersalahkan dalam hal ini, sejauh manakah kebenarannya?

Adalah sangat sukar untuk melihat bagaimana peningkatan berganda harga minyak dalam kurang daripada setahun merupakan akibat dari permintaan yang tinggi dari China dan India, walaupun sebenarnya pertumbuhan permintaan minyak di China semakin perlahan. Permintaan pertama China terhadap minyak diketahui sejak 15 tahun lalu, sementara pertumbuhan di India mula mendapat perhatian sejak bermulanya abad ke 21. Permintaan minyak mereka telahpun menjadi dimasukkan (factored) dalam harga minyak dan ia mustahil menjadi penyebab kepada lonjakan harga minyak secara tiba-tiba.

Ini juga menjadi alasan yang selalu digunakan oleh AS untuk menyalahkan kemajuan China dan India terhadap semua fenomena global yang berlaku daripada isu pemanasan global, peningkatan harga makanan, peningkatan harga logam sehinggalah isu terorisme pada masa hadapan.

Adakah dunia sudah kekurangan bekalan minyak?

`Puncak minyak (Oil Peak)' dalam bahasa mudah, adalah apabila separuh daripada semua pengeluaran minyak telah pun digunakan di mana selepas itu ia terus merosot. Teori ini mula diketengahkan pada tahun 1970an dan tidak diendahkan pada masa itu. Namun, di akhir abad ke-20 pengeluaran minyak mulai mengatasi penemuan minyak. Telaga minyak yang terbesar yang terbaru ditemui di Mexico pada tahun 1985, sementara majoriti pengeluar-pengeluar minyak hanya memiliki telaga-telaga yang telah wujud sejak tahun 50an. Dunia hari ini menggunakan empat kali lebih banyak daripada minyak yang ditemui. Syarikat-syarikat minyak telah membelanjakan harta yang banyak dalam usaha mencari telaga-telaga minyak baru, tetapi telaga-telaga yang mereka temui menjadi kecil dan semakin kecil, dan oleh itu hanya mengeluarkan sedikit minyak.

'Oil peak' ini mempunyai pelbagai ketidakpastian dan ini akan memainkan peranan dalam harga minyak pada masa depan, kebanyakan telaga-telaga minyak yang mampu dikomersialkan telahpun ditemui oleh itu sukar untuk dilihat di manakah lagi telaga-telaga minyak yang besar.

Sungguhpun teori ini dikatakan teori yang dipinggirkan pada tahun 1970an, namun hari ini ia memainkan faktor yang signifikan dalam menentukan harga minyak. Meskipun ia bukanlah suatu yang konkrit, keyakinan ramai penganalisis akan kesahihannya pasti memberi kesan ke atas peningkatan harga minyak meningkat.

Sejauh manakah masalah geopolitik dan masalah ekonomi mempengaruhi harga minyak dunia?

Terdapat beberapa faktor ekonomi dan geopolitik yang memainkan peranan utama dalam kenaikan harga minyak.

Dari aspek ekonomi, AS merupakan sebahagian penyebab kepada lonjakan harga ketika ini kerana minyak global dijual beli dalam dolar. Kebanyakan negara di seluruh dunia perlu menyerahkan matawang mereka sendiri supaya dapat membeli matawang dolar untuk kemudiannya digunakan bagi membeli minyak. Ini menjadikan kadar tukaran matawang di antara negara tersebut dan dolar satu isu kritikal kerana jika terdapat sedikit perubahan dalam kadar tukaran bermakna negara tersebut perlu meminjam wang untuk membeli komoditi asas ini. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, salah satu sebab utama lonjakan harga minyak yang mendadak ketika ini adalah kerana para spekulator memindahkan pelaburan mereka dari pasaran perumahan di AS kepada pasaran komoditi. Sebab kedua yang berasal dari AS yang menyebabkan kenaikan harga minyak adalah AS terus-menerus mencetak wang dolar untuk melepaskan diri daripada krisis sub-prima tersebut. Oleh kerana minyak dijual beli dalam bentuk dolar, harga minyak akan bergerak turun dan naik (fluctuate) apabila semakin banyak wang dolar bergerak dalam pasaran.

Perubahan kuasa membeli wang dolar boleh dilihat apabila ia dibandingkan dengan emas. Emas kekal stabil sejak abad yang lepas, malah sesungguhnya, hampir keseluruhan sejarah manusia. Harga 100 tong minyak yang diukur dalam unit auns emas masih kekal stabil di antara 5 ke 10 auns emas bagi 100 tahun terakhir ini. Hanya sejak 1973 ke 2008, harga setong minyak dalam dolar AS meningkat sebanyak 3300%. Dalam tempoh yang sama, jumlah auns emas untuk membeli 100 tong minyak hanya meningkat sebanyak 18%. Ini bukan bermakna hanya harga minyak yang turun-naik tidak menentu, namun hakikatnya, nilai dolar AS-lah yang tidak menentu. Inilah mengapa kebanyakan negara diseru untuk berjual beli minyak dalam matawang Euro.

Secara geopolitik, Iraq yang merupakan simpanan minyak dunia ketiga terbesar terus mengalami ketidakstabilan politik. Akibat dari ketidakstabilan ini, adalah mustahil untuk membawa potensi minyak negara itu ke dalam pasaran antarabangsa. Persaingan untuk menguasai bekalan minyak yang terhad di antara Kesatuan Eropah, AS, Jepun, China, India, dan Rusia akan memberikan impak yang sangat besar kepada harga minyak pada masa depan.

Bagaimanakah gambaran masa depan minyak (tenaga)?

Ketika ini populasi dunia adalah 6.7 bilion orang dan ia dianggarkan mencecah sehingga 8 bilion pada tahun 2050. Ini bermakna manusia akan lebih bergantung kepada minyak dan dengan penemuan baru yang terhad, ia memberi gambaran bahawa dunia terpaska menghadapi satu cabaran besar untuk mencari sumber tenaga alternatif.

Biofuels (bahan bakar bio) telah menarik perhatian ramai pihak sebagai satu alternatif. Walau bagaimanapun, ia akan mengalihkan penggunaan tanah-tanah pertanian dari mengeluarkan makanan kepada mengeluarkan bahan bakar. Teknologi bahan bakar bio masih lagi berada pada peringkat awal dan akan memerlukan sekurang-kurangnya 20 tahun lagi untuk teknologinya berada dalam arus perdana.

Seruan untuk menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) buat masa ini hanyalah wujud di meja-meja perbincangan di dunia Barat dan dalam banyak kes ia digunakan untuk merencatkan pertumbuhan China. Dalam banyak persidangan dan mesyuarat mengenai tenaga yang boleh diperbaharui, tidak banyak perkembangan yang signifikan ke arah itu dapat diperhatikan. Ini bermakna, kebergantungan dunia, terutama dunia Barat, terhadap minyak akan terus kekal di masa hadapan.

nak tidur??ingat satu perkara...

Amalan Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah... .

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. . . Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

· Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

· Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.

·
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
"Astaghfirullahalaz i m li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal
muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat "
Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimindan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."

· Dan,perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanira him sebanyak 21 kali.

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun
untuk tidur.Sekiranya dia tidur
mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt
hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat
yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk
tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu
Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati
syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin
seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak
Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia
hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia
dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur
basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.

9.membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

10.Tutup aurat ketika tidur.

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

jawapan bg yang x mengetahui

(1)Pakaian ketika menunaikan solat

Maka jawabnya tidak pun disyaratkan apa-apa pakaian, semua boleh asalkan menutup aurat. Yang sunnahnya ialah jubah dan gamis. Tapi bila pakaibaju yang pelik-pelik, dilaranglah oleh agama kerana menimbulkan fitnah.
Contohnya pakai baju yang ada tulisan hukumnya makruh, baju yang ada gambar orang yang sedang bercium hukumnya haramlah pulak.
Kalaupakai baju yang bukan bertulis dan bergambar tapi berpakaian yangpelik, haram juga kata setengah ulama' kerana menimbulkan fitnahseperti tok imam solat tidak pakai kopiah tapi pakai helmet dengan bajuhujan, walaupun sah solatnya tapi menimbulkan fitnah.


(2) Cara untuk melupuskan al-quran yang telah rosak

Makajawabnya cara terbaik sekarang ialah dibakar, dibakar kemudian ditunggusehingga dibakar keseluruhannya, apabila dibakar hilang rupa al-Quran,tiada suratan maka tiada lagi hukum al-Quran, tidaklah wajib ditanamabu itu cuma sunat ditanam.


(3)Masalah qada solat bagi wanita yang haid, ada ustaz yang mengatakankalau suci dalam waktu maghrib maka mesti qada 2 solat yang sebelumnya.

Makajawabnya kalau suci dalam waktu maghrib jadi tidak perlu diqada zuhurdan asar melainkan kalau suci dalam waktu asar tetapi tidak sempatsolat asar maka wajib qada solat asar.


(4)Hukum solat memakai baju lengan pendek atau melipat lengan baju

Makajawabnya tidak ada sebarang hadis yang menyatakan hukum memakai lenganpendek, ini hanyalah adab-adab solat. Yang paling afdol solat denganberlengan panjang.
Sebabitu setengah pendapat-pendapat yang mengatakan makruh itu bukandaripada nas, itu hanyalah pandangan dari tok2 guru kita yang menitikberatkan adab, yang memakai lengan pendek itu tidak menyalahi peraturansebenarnya Cuma adab-adab solat, lebih elok berlengan panjang.
Tidakada ulama' yang fatwa haram atau tidak sah solat bila berlengan pendek,bahkan ada di kalangan sahabat yang tidak memakai baju Cuma meletakkkankain di atas bahu.
Berkaitandengan berlengan panjang tapi melipatkannya pula menjadi lengan pendeksemasa solat, maka jawabnya ini pendapat ulama'- ulama' mengatakanmakruh kerana qias dengan hadis mengikat rambut semasa solat. Nabibersabda "siapa yang solat hendaklah dia melepaskan ikatan rambutnya".Supaya semasa kita sujud, rambut itu tidak terikat kerana rambut itujuga mahu sujud sama, kata Rasulullah rambut- rambut ini ingin sujudjuga, jadi bila diikat rambut itu, rambut tidak dapat bergerak ,seolah-olah kaku.
Nabitidak sebut mengenai melipat lengan baju jadi ulama' qias dengan hadisikat rambut itu dengan mellipat lengan baju semasa solat, jadi ulama'kata bila kita solat lengan baju ini dilipat jadi lengan baju tidakbergeraklah.
Sebaiknya semasa mahu solat dibuka lipatan lengan baju itu.
*Apayang ana nyatakan mungkin ada kekurangan, rujuk alim ulama' untukketerangan yang lebih, jika kurang faham setiap apa yang ana nyatakanberitahulah ..
mintatolong sangat2 disebarkan pada saudara2 kita yang lain, ramai lagi yangtidak tahu mengenai ini, lagi ramai tahu lagi ramai manfaatnya.. tidaksusah pun, cuma letakkan di buletin dan semua boleh baca dan tahu tapikalau itupun menyusahkan maka tak mengapalah, sudah baca punalhamdulillah. .
wallahu'alam. .

gambar dlm ka'abah..tgk2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh

Inside Ka'bah

Saudaraku seiman, gambar ini (bagian dalam Baitullah) adalah hadiah istimewa bagi kita semua
(terutama bagi yang belum pernah masuk atau belum pernah melihat/memiliki gambar seperti ini).

Semoga menambah keimanan kita, aamiiin....







Tak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini...

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita..

jadilah spt mus'ab bin umair

Ada seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakain yang paling mahal di Makkah. Dia adalah manusia yang ter'hensem' di Makkah.

Dia anak kesayangan. Apa yang dia mahu ibunya akan perkenankan. Tiada siapa di Makkah, baik muda atau tua, pemudi atau pemuda, yang tidak mengenali Mus'ab dan mengimpikannya.

Namun, lelaki `malaikat' ini, matinya bermandikan darah, tanpa dua belah tangan, dan kafannya tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Bila ditutup kepalanya, terdedahlah kakinya, bila ditutup kakinya, terdedahlah kepalanya. Akhirnya Rasulullah SAW menyuruh kepalanya yang ditutup dan kakinya ditutup dengan daun.

Matinya sebagai syuhada'

Rasulullah SAW bersabda berkenaan dirinya:

"Tiada lelaki yang lebih cantik daripada Mus'ab bin Umair di Makkah ini, tiada sesiapa yang memakai pakaian lebih baik daripada Mus'ab bin Umair. Tiada anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada dia"

Ya, itulah namanya. Mus'ab bin Umair RA.

Anda lihat, bagaimana manusia kaya di zaman jahiliyyah ini, bertranformasi menjadi seorang lelaki yang sanggup mengorbankan diri untuk Islam, dan akhirnya mati sebagai syuhada'.

Kisah Mus'ab bin Umair amat unik. Dia digelar `putera Makkah' kerana semua orang mengidamkannya, kerana kehensemannya. Tetapi apabila hatinya disentuh cahaya Islam, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan semua kesenangan yang ada pada dirinya.

Dia adalah anak yang paling dicintai ibunya. Segala kehendaknya ditunaikan. Tetapi apabila dia menganut Islam dan ibunya mengetahui, ibunya telah menarik semua kesenangan Mus'ab. Segala pakaiannya yang cantik-cantik, wang saku, semuanya ditarik. Malah Mus'ab dipulau.

Namun Mus'ab tidak melatah. Tidak pula dia rasa susah. Bayangkan, anda biasa hidup dengan RM10,000 sebulan. Tiba-tiba anda perlu hidup dengan RM10 sebulan. Apa perasaan anda? Tetapi Mus'ab bin Umair tidak berpaling daripada Islam yang mungkin orang memandang sebagai penarik kekayaan dan kesenangannya.

Kenapa? Kerna dia yakin ini adalah jalan yang sebenar. Jalan yang membawanya kepada Allah.

Bila ibunya tidak berjaya menarik Mus'ab kembali kafir, Ibunya mogok tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali. Ibunya bertahan sehingga nyawa-nyawa ikan. Melihat keadaan ibunya, Mus'ab berkata:

"Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali"

Ya. Itulah keteguhan.

Kita? Kadang-kadang ibu bapa sendiri suruh kita untuk taat kepada Allah. Tapi kita ingkar. Mus'ab bin Umair, ugutan ibunya tidak dijadikan alasan untuk meringankan tuntutan Islam.

Ibu, walaupun kafir, kita perlu taat kepadanya selagi mana dia tidak mengajak kita syirik kepada Allah atau melakukan perkara yang Allah larang. Tapi sekiranya mereka mengajak kepada keingkaran terhadap Allah, maka kita perlu membantah.

Mus'ab terus bertukar gaya hidupnya. Dari baju sutera termahal dan terbaik di Makkah, dari minyak wangi yang mampu dihidu dari jarak yang jauh, dari kulit licin cerah putih yang menawan, dia berubah menjadi seorang yang memakai baju lusuh bertampal-tampal, bau tubuh badan biasa, dengan kulitnya menjadi sedikit kasar kerana hidup dalam payah.

Rasulullah SAW apabila melihat Mus'ab bin Umair, baginda akan menangis. Sahabat-sahabat juga begitu. Hal ini kerana, mereka segan dengan besarnya pengorbanan Mus'ab bin Umair. Ya lah, dari putera Makkah, kepada manusia yang akhirnya diboikot tiga tahun tiga bulan bersama Rasulullah SAW, makan kayu daun kering. Siapa yang tidak akan rasa terharu?

Namun Mus'ab bin Umair tidak pernah menyalahkan Islam. Sedikit pun dia tidak pernah berkata Allah itu kejam kerana mneyusun hidupnya menjadi susah sebegitu walaupun dia telah memilih kebenaran. Tidak pernah keluar dari mulutnya rungutan dan keluhan atau rasa menyesal menagmbil Islam.

Tidak pernah.

Kemudian Allah memuliakan Mus'ab bin Umair. Rasulullah SAW memilih Mus'ab sebagai pendakwah ke Madinah. Kesungguhan Mus'ab bin Umair membuatkan tidak ada satu pun pintu yang tidak diketuk oleh sinar Islam.

Akhirnya, majoriti penduduk Madinah Islam di tangan Mus'ab bin Umair.

Sa'ad bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah sebagai ketua kaum Aws. Dia datang dengan marah ketika Mus'ab bin Umair sedang menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja, dia terus menarik baju Mus'ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus'ab. Dia menyuruh Mus'ab menghentikan usaha dakwah.

Mus'ab tidak melenting atau menentang. Kata Mus'ab:

"Apa kata kau duduk dahulu dan mendengar apa yang aku hendak katakan? Kemudian jika kau suka, kau boleh ikuti. Jika kau tidak suka, maka aku boleh pergi"

Kelembutan Mus'ab dan ketenangannya, membuatkan hati Sa'ad bin Muaz lembut. Apabila dia mendengar kata-kata Mus'ab, ceramah Mus'ab dan Islam yang Mus'ab sampaikan, Sa'ad bangun. Dia berkata kepada Mus'ab:

"Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya? "

MasyaAllah. Begitulah dia Mus'ab bin Umair.

Rasulullah SAW pun memuliakannya.

Ketika Peperangan Uhud, Mus'ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji.

Peperangan itu, menyaksikan Mus'ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.

Mus'ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua pangkal lengannya. Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid.

Saat syuhada' Uhud hendak dikebumikan, mayat-mayat syuhada' Uhud ditutup dengan kain. Kain yang menutup Mus'ab bin Umair tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Jika kepalanya ditutup, maka kakinya terbuka dan begitulah sebaliknya.

Melihat keadaan ini, Rasulullah SAW menangis.

Akhirnya diarahkan untuk menutup kepala Mus'ab bin Umair dengan kain, manakala kakinya ditutup dengan daun kering.

Begitulah dia kisah seorang syuhada', `putera Makkah' yang telah berkorban.

Pembaca-pembaca, ketahuilah bahawa, itulah namanya pengorbanan. Kadangkala, kita menyedekahkan seratus dua ringgit, kita rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan gaji kita RM10,000 sebulan.

Kadangkala, kita dapat bangkit qiamullail dua rakaat, kita sudah rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan kita bangkit itu sekali sahaja dalam setahun. Malah banyak hari kita terlajak subuh.

Kadangkala, kita dapat berpuasa sunat sehari. Kita berlapar. Kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita berpuasa sunat itu sekali sahaja dalam beberapa bulan.

Kita baru studi sejam dua, kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita leka dan lalai berpuluh-puluh jam lamanya.

Amal kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Sumbangan kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Hakikatnya, kita tidak faham apa itu `korban'. Pengorbanan yang sebenar adalah seperti apa yang ditunjukkan Mus'ab bin Umair kepada kita.

Sedangkan Islam, untuk bangkit seperti zaman kegemilangannya, memerlukan manusia-manusia yang sedia berkorban seperti Mus'ab Bin Umair. Pengorbanannya menonjolkan keimanannya. Kerna, manusia yang benar-benar beriman kepada Allah, dia akan faham dengan sebenarnya akan kata-kata:

"Cukuplah Allah sebagai wakil"

MasyaAllah…

Sama-sama lah kita, muhasabah diri kita, dengan sirah Mus'ab bin Umair ini.

Semoga kita berjaya menjadi hamba sepertinya.

Dia adalah antara anak-anak di madrasah Rasulullah SAW, yang melihat dunia dari jendela akhirat.

Semoga Allah bantu kita untuk menjadi seperti dia.

Ps: Adik sama nama Mus'ab, semoga Allah bantu dia menjadi seperti Mus'ab bin Umair…