Sunday, 5 July 2009

TERKINI~rejab, sya'ban & Ramadhan 1430H




RAMADHAN KIT!!!
akan menemui anda mulai 7/7/09
**tempahan boleh dibuat mulai sekarang

harga istimewa:
1-10 set: RM20.00
11-24 set: RM16.00
25 set ke atas: RM14.00

*urusniaga TUNAI SAHAJA (barangan akan dikirim sebaik sahaja bayaran penuh dibuat)

--------------------------------------
dengan hanya RM20 anda akan memperolehi:
D.I.Y Ramadhan Countdown
D.I.Y Ramadhan Mini Flyers
D.I.Y Sampul Duit Sedekah Ramadhan
D.I.Y Qiyam Door Holder
Little stickers for the soul (2types)
Ramadhan postcards (4pcs)
Little Book (Laa Taghdhob)
Kotak kurma (2pcs) + 2pcs little cards
Qiyam Sling Bag
Handout: 10tips to prepare yourself and your family for Ramadhan**Pengedar yang membeli 25set ke atas akan mendapat sekeping poster

untuk maklumat lanjut..sila ke http://krafhati.blogspot.com

Sunday, 31 May 2009

KEAJAIBAN AL-QURAN....

huwaaarrgghh....lame dah tak update blog nie..pasti ramai yg tertunggu-tunggu..(ceh poyo jerk).ok laa ..straight to the point..ana mulakan coretan dalam post kali ini dengan satu ayat qurán yang bermaksud:"dan dialah yang menjadikan semuanya dan menjadikan kapal dan binatang ternakan untuk kamu tunggangi"(az-zukhruf : 12)

seperti yang diterangkan ayat di atas dan juga beberapa ayat yang lain dalam qurán,Allah telah menjadikan setiap satu itu berpasangan. mengikut sebuah kajian yang dijalankan, didapati qurán mengandungi mukjizat yang besariaitu beberapa buah perkataan telah disebutdengan jumlah yang sama dengan pasangannya. berikut adalah hasil kajian tersebut...

lelaki=24 perempuan=24 (AYAT)
dunia=115 akhirat=115 (AYAT)
malaikat=88 syaitan=88 (AYAT)
hidup=145 mati=145 (AYAT)
manfaat=50 mudharat=50 (AYAT)
manusia=50 rasul=50 (AYAT)
muslimin=41 jihad=41 (AYAT)

dan yang mengejutkan adalaah bilangan perkara2 di bawah....


bulan=12 (AYAT)
hari=365 (AYAT)
laut=32 (AYAT)
darat=13 (AYAT)

laut+darat=45
laut=32/45=71.11%
darat=13/45=28.89%

sains moden telah membuktikan bahawa 71.11% permukaan bumi diliputi lautan
manakala 28.89% lagi diliputi daratan


firman Allah s.a.w: "inilah kitab yang disusun rapi ayatnya kemudian diterangkan dengan terperinci oleh Yanag Maha Bijaksan lagi Maha Mengetahui" (surah hud : 1)

Thursday, 23 April 2009

.....faedah solat di awal waktu....

Mengapa solat awal waktu? Apakah kelebihannya?

Saudara,

Apabila azan dilaungkan maka frekuensi azan akan dirambatkan keserata tempat. Frekuensi azan ini akan menjadikan frekuensi sekitar ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Untuk memahami tentang frekuensi, sila rujuk artikel frekuensi yang saya jelaskan sebelum ini di sini.

Mari bersolat DI AWAL WAKTU secara BERJEMAAH

***

Saudara,

Air merupakan salah satu makhluk Allah yang mampu untuk menurunkan frekuensi gelombang otak ke alpha dengan cepat. Kerana itu apabila kita berada di dalam keadaan marah, kita diminta untuk mengambil wudhuk agar kita menjadi tenang.

Begitu juga jika anak menangis. Kita boleh sapukan dengan air sambil meminta izin pada Allah dan berkomunikasi dengan air itu sendiri. Air juga makhluk Allah dan kita meminta bantuan air sepertimana kita meminta pada manusia. Ingatlah semua benda di dunia ini adalah makhluk Allah. Milik Allah.

Juga lagi jika kita berada di dalam keadaan stress akibat kerja yang banyak atau juga stress kerana study (baik untuk mereka yang sedang membuat PhD), minumlah air yang banyak. Air boleh menenangkan stress.

Mohonlah agar diberi ketenangan daripada Allah kerana Allah adalah pemilik kepada air dan diri kita. Mohonlah juga kepada air atas hubungan sesama makhluk iaitu kita dan air.

***

Berbalik kepada solat awal waktu. Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk.

Deep theta + Alpha = theta atau deep alpha

Jika kita solat di tengah atau di akhir waktu, maka tenaga frekuensi azan ini telah berkurangan dan mungkin sudah habis. Maka agak sukar sedikit untuk mencapai tahap theta tersebut.


Jika kita bersolat di masjid atau surau secara berjemaah, maka lebih kuat frekuensi thetanya kerana dari masjid dan suraulah azan dilaungkan. Sebab itu kita lebih mudah mencapai tahap khusyuk jika bersolat di masjid atau surau di awal waktu. Maha Besar Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak ada sia-sianya.

***

Saudara,

Marilah kita berkomunikasi dengan Allah meminta agar kita sentiasa bersolat di awal waktu. Jika kita malas, atau ada lagi kerja yang ingin dilakukan, maka berkomunikasi dengan Allah dengan memohon keizinan untuk solat lewat waktu.

“Ya Allah, aku ingin buat kerja dahulu ya Allah. Aku ingin siapkan sedikit sahaja lagi kerja ini. Aku minta kebenaran padaMu ya Allah. Izinkan aku solat lewat”.

PERCAYALAH. Pengalaman saya berkomunikasi dengan Allah sedemikian rupa TIDAK akan membawa kepada apa-apa kejayaan. Hati dan jiwa saya serta tubuh saya secara automatik akan bangun dan terus mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat. Permohonan saya untuk lewat solat sentiasa menemui KEGAGALAN.

***

Semoga Allah sentiasa melimpahkan ilmunya kepada kita semua. Ameen.




" untuk pengetahuan , artikel ini diambil dari 'I LUV ISLAM'...semoga bermanfaat untuk antum yang sedang mencari kekhusyukan di dalam solatnya..insyaAllah..ana sendiri pernah melalui nya dan hasilnya memang khusyuk lebih atau boleh dikatakan khusyuk hampir keseluruhan solat insyaAllah, berbanding jika solat di akhir atau ditengah2 waktu...wassalam

Saturday, 18 April 2009

5 tips berurusan dengan lelaki...

Salam..ana jumpa artikel ini di iluvislam.com. ...rasa sayang pulak kalau tak kongsikan kepada kakak-kakak dan adik2ku seislam di ruangan ini...moga bermanfaat untuk kalian dalam mengikuti jejak2 isteri nabi s.a.w. yang mana sebaik-baik contoh ikutan bagi kaum Hawa...Selamat membaca dan beramal...Sebar2kan lah kalau rajin..

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa " YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan."

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you're talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori "dari mata turun ke hati" itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan.." . Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

Friday, 17 April 2009

EMINENCE....(MY NASYEED GROUP)

Eminence merupakan sebuah kumpulan nasyid yang ditubuhkan oleh pelajar Sek.Men Sri Al-Amin Bangi sendiri.Maksud "eminence" ialah "keunggulan".Eminence mula ditubuhkan pada tahun 2007.Ketika itu mereka dianggap sebagai eminence generasi pertama sehinggalah pada akhir tahun 2008,kami muncul sebagai eminence generasi kedua.
Kami terdiri daripada 4 orang,Imran,Nu`man,Azzam dan Muzzammil dan ketua bagi kumpulan kami ialah Imran.Kami selalu juga membuat persembahan di kenduri-kenduri kahwin,program MAGMA,program di sekolah dan lain-lain lagi.
Sebenarnya kumpulan nasyid Sek.Men Sri Al-Amin Bangi telah lama ditubuhkan dan nama asalnya ialah kumpulan "Fauzan".Setelah dibincang kembali,nama "Fauzan" itu agak kurang menarik bagi remaja-remaja zaman sekarang terutamanya.Mereka lebih sukakan nama yang menggunakan bahasa inggeris seperti "nice","Al-gebra","Devotes" dan "eminence" sendiri.Jadi kami juga akan menggunakan tektik sebegini untuk memikat hati para pendengar.Insya-Allah..
Kumpulan kami lebih kepada "nasyid pop".Kami memilih konsep nasyid pop kerana ia mudah diterima oleh semua orang tidak kira orang yang meminati nasyid traditional,acapella,R&B mahupun orang yang meminati lagu Rock.Buat masa sekarang ni,sudah banyak kumpulan nasyid yang memakai konsep nasyid pop seperti "Mirwana" dan "nice".
Walaubagaimanapun,objektif "eminence" adalah untuk menyampaikan kefahaman kepada para pendengar tentang islam juga untuk mengalih minat para pendengar daripada meminati lagu yang kurang baik kepada yang lebih baik.Album yang kami hendak lakukan kali ini adalah lebih kepada mengharumkan nama sekolah kami.Wallahu a`lam...

Sunday, 8 March 2009

::tazkiyyatun nafs (pembersihan jiwa)::

salam alaikum sume....lame ana x tulis post baru..xde idea laa..tapi nak tanak kene tulis gak, drpd wat mende lain baik lis blog. wat takirah untuk diri sendiri dan korg sume...dakwah itu wajib. dakwah tu sunnah nabi...hmm sunnah nabi ade 2 iaitu sunnah syar'iyyah dan sunnah ghairu syar'iyyah..sunnah syar'iyyah nie wajib kite wat..cth cam solat...solat tu fardhu..tapi solat 3 rakaat maghrib tu sunnah syar'iyyah..make wajib kite wat 3 rakaat solat maghrib..takleh tambah2..kalo tgk tiap ibadah ade sunat die...cth cam solat..solat sunat,puase...puase sunat...tapi dakwah..takde sunat2...kene wat sume ..wajib..tak terkecuali sorg pon..k....jd tazkirah ana hari nie berkenaan dengan pembersihan jiwa ataupun tazkiyyatun nafs...arab nye..seperti yg kite lihat zaman skarang nie...hancur semua..akhlak ntah ke mane..ibadah ape tah lagi...taqwa pulak dh x jumpe..dah hilang dalam diri..bile perkare nie berlaku..make kite kene kembali balik kpd fitrah kite..ape die???iaitu..tujuan kite dihidupkan oleh Allah..."tidaklah Allah menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kpd Allah"...dalam surah al baqarah pulak..Allah suruh kite jd khalifah di muke bumi...hmm..klu tgk zaman skarang nie ramai org yg islam tapi seakan2 munafiq..ataupun mmg munafiq betul..ape ciri2 munafiq??...lewatkan solat, menipu, khianat, dan lain2 lagi..knp jd camtu...hati....hati nie mmg mudah tertarik dgn suasana dunia..jika baik dunia tu make baik la penduduk nye..jika sebaliknya, maka sebaliknye..lagi satu..hati nie mudah sangat nak ikut tuntutan setan...bila iman x menambah, make itu susah kerane setan sentiase bertambah...jadi, tazkiyyatun nafs nie kene wat tanpe henti sampai mati supaya iman kite insyaAllah sentiase tambah...care2 nye ade banyak..tapi ana juz sebut ape yg terlintas di fikiran jelaa..
1. mencontohi akhlak Rasulullah

2. jgn sebarkan aib/keburukan org lain

3. mujahadah/bersungguh2 tika sedang membersihkan jiwa

4. sentiase memaafkan org lain/sabar

5. cube tingkatkan taqwa kpd Allah

6. cube lari dr godaan setan

7. sentiase muhasabah diri..sehari paling kurang sekali (sebelum tido)

selain itu..kite kene tahu jugak perkare2 yg menghalang kite dr membersihkan diri....

1. kekeyaan..kekadang ia boleh buat kite tenggelam dalam kemewahan hidup...para sahabat kalo die dapat harta karun..make die akan nangis..sbb harta nie kekadang dapat jauhkan diri kite dr Allah...harta akan takutkan kite kpd mati...harta dapat lupakan kite ttg umat...harta dapat membuat kite hilang rase izzah dengan islam...ana x kate sume org kaye camnie...tapi ade segelintir/ kebanyakkanya....maknenye ade laa org kaya yg macam nie...tak lupe juga org miskin..hehe..

hmm..jd.... ana rase tu je kot....hehe...sory kalo ending x memuaskan..^_^

akhir kate,:::kalau x kerane Allah..make hati kite takkan bersih...k salam alaikum..

Tuesday, 17 February 2009

Abu Nawar dan helahnya....^_^

salam alaikum kepade para pembaca blog ku..pertame skali ana ucapkan terima kasih bebanyak kepade pembaca dan sekiranya antum rasa blog nie bermanfaat untuk org lain, maka ana mintak untuk antum sebarkan...k...untuk post kali nie ana nak citer ttg Abu Nawar..sape kenal??hmm..sebenarnye ana dengar citer ni pun dr murabbi ana..time tu tgh blaja ilmu tajwid (bab waqaf)..seperti yg antum tahu, bile bace qur'an, kite bole behenti kat tempat yg ade waqaf dan tempat yg tiade waqaf untuk mengambil nafas sekejap dengan niat kite akan sambung balik bacaan yg terhenti tu..tapi, bagi tempat yg tiada waqaf, kite kene hati2 utk berhenti. sbb jik kita berhenti di tempat yg salah maka itu dosa...kalau tak tahu makna mungkin tidak mengapa lagi..tapi jika kite tahu makna dan kite tahu tempat tu takleh nak berhenti, tapi kite sengaja berhenti kerana nak menghina Allah..cth seperti ayat "laqad sami'allahu qaulal laziina qaaluu innAllaha faqiirun wananhnu aghniya' "(..maksudnye: " sesungguhnye Allah dengar mereka berkata, sesungguhnya Allah itu miskin dan kami(hamba-Nya) kaya "(surah ali imran..: 181 )..ayat nie kene bace dr mula sehinggalah ade waqaf tam yg ditetapkan kat atas perkataan "aghniyaa'..tetapi, ade seorg manusia yg pernah membace ayat nie secare kuat2 di tengah khlayak ramai.bacaan nye camnie.."laqad sami'Allahu qaulal laziina qaaluu"....die berhenti kat situ, kemudian die sambung " innAllaha faqiirun wa nahnu aghniyaa' " bile die bace camtu make org akan kate die nak menghina Allah..sbb bile die sambung dr ayat innAllah...make maknenye die cakap.."sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya".siapekah die????....dialah Abu Nawar yg mana antara org penting dalam sesebuah negara(ulamak) ketika zaman khalifah Harun Arrasyid...satu hari die membacekan ayat di atas di tengah khalayak ramai..org sume pelik sbb mana mungkin ulamak pun membace ayat sebegitu sedangkan die dah tahu ayat tu boleh membuatkan kite menghina Allah..lalu Abu Nawar ditangkap dan dihadapkan ke depan khalifah Harun Arrasyid..lalu khalifah bertanya:

"mengapa kamu berbuat begitu wahai Abu Nawar sedangkan kamu dah tahu itu salah".

Abu Nawar menjawab: "ape yg aku katakan adelah benar wahai tuanku".

.khlifah:"buktikan!!!!"...

Abu Nawar:"ayat al quran sendiri telah kata dalam surah (al ikhlas).."dan Dia(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan", dalam hal ni akulah lagi kaya dr Allah kerana Allah tidak mempunyai anak dan keluarga sedangkan aku mempunyai keluarga dan anak2.make dalam hal nie akulah yg lebih kaya berbanding Allah...

khalifah:"hmm...tepat juga jawapan kamu..tapi, kenape kamu wat camtu sedangkan kamu tahu mende nie dapat menimbulkan fitnah org terhadap mu....ape tujuan kamu sebenarnye??.

.Abu Nawar:"sebenarnye aku saje wat camnie supaya kamu menangkap ku, dan apebila aku memberi jawapan yg tepat..maka kamu akan bg aku sedikit wang atau apa2 yg bermanfaat utk diriku..dan pasal fitnah pula..bile aku dah memberi tahu kamu jawapan itu maka kamu yg akan memberitahu jawapanku kpd org ramai.

...........k tamat di situ....ade org kata Abu Nawar nie cam Mat Jenin lah jugak...haha..tapi akhirnye die dapat laa ape yg dihajatkan iaitu wang yg agak banyak .....tapi, zaman skarang nie jgnlaa wat perangai camtu...leklok dah jd ulamak tak pasal2 org anggap kite Ayah Pin lak..kalo yg tak jadi ulamak lg laa..tak tau ape kesudahan citer die an...walaupun niat die lain..tapi ingatlah...zaman skarang nie penuh ngan fitnah...tanpa kaji balik lak uh...hmm...so..sampai sini je kot..hehe..cam biase, akhir kata .....tingkatkan ketakwaan kite kpd Allah...ubahlah sikap kite yg teruk supaya kite tidak melakukannya lagi...wat amal sunat bebanyak..paling penting qiamulail.........assalamualaikum -_^.

Saturday, 14 February 2009

tazkirah li nafsii........


AL-KISAH.......

Abbas salah seorang dari keluarga Rasulullah pergi ke rumah Zaid bin Thabit(penulis wahyu)kerana ingin belajar ttg al-qur'an. pada suatu hari, Abbas ingin memimpin unta Zaid dan Zaid berkata "jangan". lalu Abbas berkata: "kami sentiasa bembantu menghormati murabbi kami" setelah sampai ke destinasi, zaid turun dr untenya dan memeluk, mencium Abbas lalu berkata: "kami sentiasa membuat begini kepada keluarga Rasulullah..

pengajaran: saling hormat-menghormati.^_^


MENGINGATI ALLAH....

............antara ciri org yang mengingati Allah.......

1. menjage solatnya..

ketika Umar Al-Khattab hendak meninggal dunia setelah ditikam oleh Abu Lu'lu'(org parsi), Umar berpesan:"takutlah Allah !!! tidak ade bahagian untuk org yg meninggalkan solat..

menjaga solat bukanlah sekadar solat 5 waktu, tetapi solat pada waktunye iaitu awal waktu, solat dengan khusyuk, dan solat berjemaah....
"Hadapilah Allah dengan hati, bukan dengan jasad yang tunduk dan sujud semata. Dan solatlah kamu seolah-olah ini yang terakhir"

2. menjage anggota badannye..

jagalah hati kerana hatilah ketua kepada semua anggot badan..isilah hati dengan mengingati Allah sentiasa.."alaa bizikrillah tatma'innul quluub"

---menjage mate...:Allah berfirman: "jage lah hatimu dan kemaluanmu"
dari mate turun ke hati.....make pentingnye jage mate kerana bile sesuatu yg rosak di mate dan jetuh ke hati...make bile jatuh lagi..hmm..tak peham2 la die akan ke mane... sebuah sajak arab mengatakan.."mule2 berpandangan..kemudian chatting...fa salaamun..kemudia memberi salam..fa kalaamun..kemudian berbual2...fa liqaa'un..kemudia berjumpe selalu..pastu??..fa zinaa'un..kemudian berzina..bg yg terus kahwin baguslaa..inilah yg dimaksudkan dr mate turun ke kemaluan....

---menjage mulut...: "falyaqul khairaan au liyasmut" make berkatelah baik ataupun diam..
siape yg menjage mulutnye, dia akan berjaya..^_^

---menjage telinga..:apebila mendengr ilmu, make bukalah telinga dan mata seluas2 nye..siapa yg mendengar celaan. dan die turut mencela, make die adalah teman bg pencela dan syaitan...

---menjage perut...:jage perut dr membaham makanan yg haram

akhir kate: "jagalah diri kite supaya kite tidak tergolong dalam org yg melakukan maksiat...

salam alaikum..^_-

Tuesday, 10 February 2009

sedikit pengajaran di GAZA....

hmm...salam alaikum warahmatullahi wabarakaatuh....

kaifa haalukum?? harapan ana antum sume sihat sejahtera k..
hari ni ana akan citer serbe sedikit dr ape yg terjadi di gaza...hmm...sebenarnye cerite ni sumber die dr org yg pergi ke gaza itu sendiri..dan ana dengar citer nie dr murabbi ana....die kate di gaza sekarang nie keadaan memang dahsyat....cube bayangkan...dalam mase 35 minit, israel menjatuhkan 6 butir bom...ana tak pasti same ade setiap 35 minit atau tak...tapi ini bukan bayangan tapi ia benar2 terjadi di bumi palestin..yg ana nak citer kat sini, setelah bom itu dijatuhkan..esoknye tgk sume kerosakan dah clear dan nampak bersih...ok stop kat situ..hmm..rase2 ape yg penduduk gaza wat lepas tu.??adekah kanak2 mereka gembira^_^ kerana mereka mempunyai alasan untuk tidak ke sekolah??ataupun budak U di sana putus asa kerana bekalan tidak mencukupi??tidak sama skali.... LAA BUDDA bak kata sheikh saqib arsalan yg bermakna ..tidak boleh tidak..mereka harus teruskan hidup saperti biase ..perjalanan di U mesti diteruskan dan sebagainye...kite lihat pulak kat malaysia..kite ambil cth di sekolah...apebila hujan je..pelajar sudah wat perancangan tanak ke sekolah..sakit sikit, dah wat macam2 alasan...hmm...jika mende nie berlaku kepade diri kite, ana ajak supaya same2 lah kite renungkan balik ape yg terjadi di palestin....rasulullah bersabda"barang siape yg tak ambil peduli hal saudaranya, maka die bukan di kalangan mereka" di sini ana nak amik kesempatan untuk mengulangi kata2 ustaz zainurrasyid di ikim.fm.. ide kate...kite di sini boleh berjihad dengan 3 cara..iaitu 1.dengan menyebarkan qunut nazilah dan di bace di setiap kali solat...2.memboikot barangan yg harus di boikot...rokok antara yg terpenting...3.infaq kepade mereka di palestine..sudah dikeluarkan fatwa bahawa memberi duit kepade palestine hukumnya adalah wajib dan bukan lagi perkara sunnah..dah ketige2 perkare ini MESTIlah dilakukan secare istiqamah sehingga hr qiamat...kerana israel hanye akan dikalahkan apebila tibanya hari qiamat..dan ketika itu macam2 akan terjadi..hmm.akhir kata... teruskanlah membina peribadi..ingatlah bahawa kite ni bukan sahaje da'i bahkan kite juge adelah mad'u...jgn bg terhenti ajaran yg di bawa oleh rasulullah...ingatlah Allah sentiase...k...salam alaikum..

Saturday, 31 January 2009

-lagu baru kami-



sori laa kalau tak berape sedap..hehe..sbb time nie ade di antare kitorang takde mood sangat sbb die belum mandi...haha.,name lagu nie SUBUH...lagu nie hak cipta terpelihara lagi...so, jgn curi yer sbb lagu nie tak kluar album lagi..

lagu : subuh lirik & lagu by : Nu'man Hani bin Jamal


tika di pagi hari ku doa pada-Nya
kerana hati ini tak terkata oh syukurnya
lalu ku bangun dirikannya
agar terbina tiang agama

sungguh gembira di hati ku pabila
disinari dengan cahaya keimanan
sungguh ku ingati pengorbanan nabi kita
yang sanggup berjuang untuk selamatkan umatnya

harapan ini pagi ini ku hidup tanpa sendiri
ditemani kitab yang suci ini
agar kembali ketenangan hati
binaan ini dapat ku hiasi

raikan pagi kita dengan amal-amal jariyah
agar tersingkir segala kemungkaran yang mendatang
sedarlah wahai insan....yang diikat...
dengan tiga ikatan

tika dipagi hari ku doa pada-Nya
kerana hati ini tak terkata oh syukurnya
namun...teman ku...
tetap..ku ajak..oh bersama

kerna terpaksa di hatiku
untuk memikirkan jauh oh masa hadapannya
agar terhindar dari
hukuman Yang Esa

by : The Eminence

Thursday, 29 January 2009

subhaanAllah.......

.....nasyidzzzz.................

hahaha...salam alaikum...lame gak tak tulis blog....hmm..sebenarnye ade org marah ana sbb lame tak update blog...tapi ana betul2 tak sangke ade org yg menziarahi blog yg tak seberape nie..alhamdulillah..^_^.k..utk post kali nie ana akan tulis pasal nasyid..ade org tanye ana.. ape itu nasyid???perlukah nasyid itu???hmm...soalan ini ana terus ajukan kepade sesorg yg ana thiqah..die kate...kalo skarang nie,, ape2 pon nasyid..cth cam kalau ade majlis..tiap kali ade mase yg terluang, mesti majlis tu akan dihiburkan dengan nasyid..die penah menghadiri satu majlis membina peribadi..pastu tiap kali lpas seseorang tu berucap@memberi caramah, mesti ade org wat show nasyid...masalahnye skarang perluker nasyid..nape tak majlis tu dihiasi dengan bacaan qur'an ke..hadis ker..tazkirah kerr..atau yg sewaktu dengannye...nape mesti nasyid..kalau wat bacaan hadis@qur'an lagi org terkesan..hmm...tu pendapat die..pastu ana tanye pendapat abg ana lak....die kate...bg die, nasyid yg sebenar2nye adelah nasyid seperti SOUHAR..pastu ana tanye..kalo ade majlis wedding takkan nak wat lagu cam souhar gak kot??..die kate....tu lain...tgk waqi'(keadaan) time tu r r..dan itu pendapat abg ana.. pastu ana tanye kawan ana lak..die kate nasyid nie adelah satu hiburan bg org yg telah penat berdakwah...hmm tapi...kalau pendapat ana lak....ana rase takde masalah nak nasyid skarang nie....cume ape yg ana dapat simpulkan dr pendapat2 yg di beri....hmm....bg ana ..nak nasyid takde masalah.. ape kate kalau kite selitkan ngan bacaan al-qur'an@hadis@tazkirah..amacam..cth cam ade wedding...pastu kite kene wat show..sebelum kite nak mempersembahkan satu lagu, kite bace sepotong ayat qur'an secare bertarannum....hmm..tu lak pendapat ana...hmmmmm..sampai c nie jer kot..sesaper yg ade bantahan@nak bg cadangan lain, boleh laa bg komen @ tulis jer kat c box uh..k..moge2 post kali nie dapat memberi mafaat kepade pembacenye...hmm..oh!!sebelum terlupe..korang mesti tertanye2 an SOUHAR tu ape..SOUHAR tu singkatan bg SOUtul HARakah..haha.tu laa org indonesia..sume nak singkatkan...hmm....tu jer kot untuk hari nih...akhir kate.."sampaikan lah walau satu ayat"....k..Assalamualaikum sume..^_^

Wednesday, 14 January 2009

matang..

haha.. lame tak tulis blog...agaknye dah tinggal 3 bulan dah kot blog nie...ramai org tanye bile nak update? haha... ana jawab ana nak bg sume org bace lu blog ana yg c ket nie ..sbb ade org yg bile die tgk satu blog tu  terlalu banyak!! nnti die akan rase futur nak bace .. hmm..jadi insyaAllah untuk post kali ni ana akan citer pasal matang....alhamdulillah Allah bg ana ilham..tapi yg ana tulis nie sekadar ana nyer pendapat jer r k...sebenarnye ade sorang kawan ana tanye kat ana pasal MATANG!!!ana jawablah matang tu maknenye apebile seseorg tu matang maknemye dalam diri die takde sifat kebudak-budakan...pastu die kate matang ade banyak maksud..macam matang buah,dan sebagainye ....tapi tu lah jawapan ana.... pastu die tanye lagi....kalo dr sudut mendalam lagi??hmm....ana jawab...seseorang tu tahu ape yg die sedang buat, ape yg die perlu buat dan ape yg die tak perlu buat..ermmm ..faham ak..hmm
sebenarnye ana ade pengalaman di sebalik pendapat ana nie..tapi tak leh c ter kat c nie laa..sbb ianye secret agen..hmm tapi kalo nak tahu gak add my e-mel k..k.. kite truskan c ter..k ana bg contohlaaa..hmm..cthnye   seseorang tu die jd ketua.. tp die tak memainkan peranan seagai seorang ketua..ini bg jawapan yg pertame iaitu die tahu ape yg die sdg buat..maknenye die tahu bhw die adelah seorg ketua dan tugas ie adelah menjage anak buah die supaye berakhlak mulia...k.. yg kedua die tahu ape yg die perlu buat...k.. utk jawapan nie ana akan bg contoh seorang daí..k.. cube kite bayangkan..satu pertubuhan yg agak besar iaitu ikhwan muslimeen....bawah ikhwan muslimeen ade... kalo di malaysia ade jim,isma dan lain2..bawah jim ,isma dan lain2 tu ade macam2 lagi pertubuhan.....akhirnye sampai kat kite...k...cube bayangkan start dr ikhwan muslimeen sampai laaa kat kiter....itu maknenye kiter ade link ngan ikhwan muslimeen .....so...takkan laaa kite nak biarkan link tu mati kat kiter jer??mkane nye kite kene cari pewaris lagi bawah kite supaya dakwah tak berhenti kat kite je..dan inilah perjuangan nabi ...untk jawapn yg ketiga lak....ana amik cth ketua tadi ..bile die jd ketua ...die kene pikir ape yg die tak perlu buat........tu je kot yg ana bole terangkan ... kalo tak faham bole add ana nye e-mel r k..^_^ini juz pendapat ana jer..alhamdulillah akhirnye ana dapat tulis post baru..hmm.. ana suke tulis bedasarkan pengalaman coz dalam dakwah..............................PENGALAMAN ITULAH ANTARA YG MAHAL!!!hehe k macam biase fikir-fikirkan laaaaaaa..^_^salam alaikum..


Friday, 12 December 2008

sabar......................

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaaatuh.

insyaAllah hari ini ana akan tulis tentang sabar..................

insyaAllah ana akan sampaikan dalam bentuk sebuah cerita...

pada suatu hari di terengganu kalau x sila ana.. terdapat seorang penanam tembakau. dia menanam sebanyak2 tembakau yang termampu.setelah sekian lama..pada hari tembakaunya sudah boleh di kutip hasilnya, hatinya sangat gembira....tiba2........Allah menurunkan ribut yang agak dahsyat sehingga merosakkan tembakau yang cukup matang untuk diperoleh hasilnya...tetapi iman dihatinya tetap tsabat(teguh) menempuhi ujian tersebut...dia meneruskan usahanya untuk menanam tembakau yang lain semula dengan harapan dapat dijual hasilnya kelak.. tanam....tanam...tanam ,tibalah hari yang dinantikan..iaitu hari untuk mengutip hasil tanamannya, tiba2...... peristiwa yang sama berlaku lagi ...........dia masuk ke rumah dengan hati yang tenang kerana dia tahu itu hanyalah ujian dari Allah yang Maha Memberi Rezeki.tanpa merungut sedikitpun...dia menanam semula tembakau yang baru sehingga hasil tanamannya boleh dikutip untuk dijual. tetapi dengan izin Allah perkara yang sama berlaku lagi....apakan daya seorang penanam tembakau yang bertungkus lumus untuk mendapatkan pendapatan harian menerima ujian seperti itu sebanyak 3 kali ...lantas dia masuk ke rumah dan mengambil sebilah kapak dan keluar dari...lalu dia pandang ke langit.. dia menjerit "di mana Allah!!, aku nak lawan dengan Kau!!, aku nak cabar Kau ya Allah!!!"..turun Kau ya Allah!!..Allah pun menurunkan wakilnya iaitu petir lantas menyambar lelaki tersebut. maka rentunglah ia... ketika hendak ditanam mayatnya kekubur....di dalam kuburnya terdapat beberapa ekor lipan,ular ,kala jengking dan binatang lain yang berbisa.lalu penduduk kampung menanyakan pendapat seorang ustaz di situ, lalu ustaz itu bertanya, mengapa boleh terjadi sebegitu?? lalu penduduk kampung pun menceritakannya. maka ustaz itu berkata tanamlah ia bersama dengan kapaknya kerana Allah hendak bertemunya bersama kapaknya di akhirat kelak......tamatlah kisah seorang lelaki yang tidak sabar............jadi..sama2 kita muhasabah balik bagaimana hubungan kita dengan Allah???. adakah kita tempuhi ujian Allah dengan berzikir kepada-Nya?? ataupun kita merungut??. cuba kira nikmat yang Allah bg kat kita..maka sudah pasti takkan dapat, ataupun jawapannya infiniti..jadi tak payahlah benda kecik pun nak merungut. kan best kalau kita dapat ingat kepada Allah tika dalam kesusahan dan kesenangan. lagi2 orang yang hendak menjadi dai. di sini ingin sekali ana nak ingatkan, kalau nak jadi seorang dai, kesabaran mestilah tinggi, kerana ada madú yang hatinya susah sikit nak terima, jadi, kalau nak jadi daí, usaha untuk menasihati madú umpama orang yang nak cari harta karun maka dia akan berusaha untuk mencari harta karun itu walaupun 1000 kali gali, sehinggalah dia jumpa warna emas yakni harta karun..muslimin dan muslimat yang ana kasihi, Allah tak tengok hasil dakwah kita macammana tapi Allah tengok usaha dakwah kita. cerita pasal usaha ni, ana ada lagi satu cerita. ceritanya bermula dengan seorang budak ingin mendapatkan playstation 3 tetapi dia perlu mendapatkan 5A dalam UPSR. jadi budak itu terus belajar dan belajar dan belajar sehingga mendapat keputusan 5A dalam UPSR.lalu ayahnya membelikan playstation 3 untuknya. tamat sebuah kisah di situ......kalau ditengokkan, niat sebenar ayah dia bukanlah nak memberikan anaknya playstation 3, tetapi nak suruh ana dia belajar..betul tak?? begitu jugak dakwah..kebanyakan para daí sekarang berdakwah kerana nak tegakkan daulah islamiah, tetapi itu bukanlah tujuan sebenar kita berdakwah. daulah itu hanyalah hadiah dari Allah(umpama playstation 3 tadi) dan tujuan sebenar Allah adalah supaya kita berdakwah(umpama belajar).kalau tidak, bila dah tertegaknya daulah, nanti takde orang nak dakwah dah kemudian jatuh balik daulah islam. jadi kesimpulannya, dakwahlah kita kerana Allah..dan ingat!! dakwah itu wajib dilakukan oleh setiap org yang menggelar dirinya sebagai seorang yan beragama islam,..wabillahi taufiq wal hidaaayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh....

Thursday, 11 December 2008

the barber and the muslim

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
> > > > > > > > > > > > > '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
> > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''............................mcammana pulak ngan kita.......smoga post kali ni sedikit sebanyak dapat menambah iman kita....amiiiiiiiin...

kemas bilik

hmm...

macamni lah rasanya bila pembantu rumah balik raya kat Endonesia. jarang rasa macamni!! nak kena kemas rumah, lipat baju,basuh baju,mop lantai,sidai kain, dll..keluarga ana ada 9 orang tapi 2 orang takde kat umah..ayah kerja kat kuantan pastu hujung minggu baru balik..mak kerja pagi sampai petang. pembantu rumah pulak balik raya.. jadi kitorang 7 beradik lah kena uruskan rumah walaupun jarang kitorang kena jaga rumah macamni ..sbb sebelum ni pembantu rumah yang uruskan semua..haahahhaha....... kitorang wat jadual mengemas.tapi bilik sendiri kemas sendiri laaa..ana bilik ngan abg ana naufal..pada tarikh 11/12/08 lepas ana dah habis selesaikan tugas ana iaitu basuh baju dan sidai, abg ana suruh kemas bilik sama2.ana mulakan dengan kemasbarang2 ana dulu..tgh kemas tuh ana taruk tepi dulu barang2 ana, pastu abg ana marah.. settle kemas barang, kemas rak buku pulak..ana taruk tepi buku2 tu, pastu abg ana marah...ana cakap kat dia "sabar r"(dengan nada marah)..yelaa saper tak frust, org buat kerja, marah..tak buat pon marah..~.- lantas ana teringat kata2sahabat ana, "kita kena sentisa berfikir, baru kembang sikit otak..biar matang..kalau tak sampai bila nak jadi macama budak2" ana pon berfikir sejenak........ "hmm buat ape nak marah2 abg ana, alhamdulillah Allah telah mengurniakan ana seorang abg yg macamtu.. bukan senang nak tgk seorang abg yang macamtu, rajin kemas rumah, dan macam2 lagi." kalau ditengokkan.... pemuda/remaja sekarang rosak dengan shufflenya, skinheadnya, couplenya, dan macam2 lagi......barsyukurlah sebab ana dapat abang yang baik.... hmm ..............sebenarnya ana dah lama tak tulis blog sbb ana takde idea..alhamdulillah Allah bagi ana idea ni melalui pengalaman ana sendiri..kalo nak diolah2 lagi point2 penting atau tazkirah yang terdapat dalam post kali ni, banyak lagi kita boleh dapat kalo kita fikir. contohnya, kita tak perlu marah orang tu selagi orang tu tak suruh kita buat benda yang salah walaupu dia tgh marah kita..cool sentiasa, terima dengan hati yang terbuka sbb ape sahaja yang orang kata kat kita dan kita rasa ia boleh jadi tazkirah buat diri kita, maka senyumlah kepadanya dan kalau nak lagi baik cakap terima kasih kat dia walaupun nanti dia tak faham kenapa kita cakap terima kasih.......siap senyum lagi tuh.padahal aku marah dia...jadi.................. fikirlah sentiasa.......^-^..dan senyumlah kerana senyum pun jadi sedekah....hahahhaha.0-O

Wednesday, 10 December 2008

ikhtilat!!!!!

alhamdulillah Allah bagi ana ilham untuk tulis post kali ni pasal ikhtilat...
sebenarnya ana ader sorang kawan yang ade masalah ikhtilat....maka ana pon fikir2 ape nak wat kalau ade orang yang ade masalah ikhtilat....tapi untuk post ni ana akan tulis just ape yang terlintas je laaaa....k
tak jaga ikhtilat sebenarnya hukumnya haram kerana firman Allah mengatakan "jangan mendekati zina" tak kiralah sama ada nak dakwah ataupon tak....sbb sebenarnya takyah pon kita mendekati pompuan tu sbb nak dakwah...kerana mungkin boleh jadi disebabkan kita mendekati pompuan itu maka kita menjadi penghalang untuk dia mendapat hidayah Allah. jadi kesimpulannya dalam dakwah takde dakwah kepada berlainan jantina ataupun bukan mahram.hidayah tu Allah yang bagi ...jadi tugas kita just mendoakan dia (kalau nak jugak pompuan tu dapat hidayah!!!).

Tuesday, 11 November 2008

renungan buat sesiapa yang merasakan dirinya pelajar ataupun guru

assalamualaikum, semoga sihat wal afiat. Mari kita bersama bayangkan.... Andaikata ada sebuah sekolah... kemudahannya terhad. Bangunannya tidaklah canggih. Makmalnya tidak selengkap sekolah kerajaan. Tapi guru2nya komited mengajarkan Islam sebagai satu cara hidup. Pelajarnya bsungguh2 mengamalkan quran dan sunnah. Pemimpin pelajarnya menjadi qudwah kepada pelajar2 lain. Bacaan alquran sering kedengaran. Halamannya bersih sekali. Lelaki dan perempuan menjaga diri masing2 dari fitnah. WUJUDKAH SEKOLAH SEDEMIKIAN? Mari kita renung bersama ...al-a;raf, 96. =D

ikhtilat (2)!!!!!!

hmnmm.....ader orang kata kalau nak dakwah kat orang couple kita kena couple dulu...sbb kena cari pengalaman sbb orang zaman sekarang dah tak terima dakwah styl zaman nabi @zaman hasan hasan al banna sbb situasi dulu ngan sekarang berlainan.....BETOL KERRRR?????....jawapannya dah tentu TIDAK!!!!pastu ade orang kata kita kena couple kalau nak jaga perempuan sbb dia kata kalau kita tak jaga perempuan saper lagi nak jaga betul tak???....sebenarnya pendapat macam tu amatlah salah.....perumpamaan nya seperti kita nampak orag miskin pastu kita takde duit nak derma...so kita curi duit orang pastu derma......betulkah perbuatan macamtu...semua orang tau benda tu salah....nak tanya..couple tu haram ak???...eh silap...ok macamni lah ..couple tu halal ak????(jawab sendiri dalam hati..kalau nak jerit lagi bagus)...rasul tak pernah ajr kita supaya couple dulu baru dakwaah.kalau nak sanagt buat cara dakwah macamtu cuba fikir balik.. aku ni rasul ker????(fikir dalam hati atau nak jerit lagi bagus)..kalau nak sangat perempuan tu jadi baik dan solehah..fikir lah cara terbaik.. bukan dengan bercouple....cth nya kita suruh kakak kita dakwah dia ker..bukan dengan bercouple...sbb memang couple tu haram...baguslaaaa siapa yang ader kesedaran nak mendakwah tetapi bukan dengan cara yang salah macam yang ana kata, mencuri sbb nak menderma......sampai sini je stakat ni....siapa yang ade kemusykilan boleh laaaa hanter komen/tanya nqib/tanya orang yang diyakini/orang yang lebih arif pasal bab ni.....wassalam

Saturday, 8 November 2008

lirik nasheed astagfirullah(dai nada)

Astaghfirullah robbal baroyaa
Astaghfirullah minal khotoyaa
Robbiy zidniy 'ilman nafi'aa
Wa wafiqni 'amalan soliha

Allah Tuhanku ampuni hamba
Dari segala salah dan lupa
Akulah hamba yang lemah iman
Harap ampunan Engkau curahkan
Ya Allah

Setulus doa aku panjatkan
Semoga rahmat Engkau limpahkan
Pada ibuku juga ayahku
Yang melahirkan membesarkanku
Bagi mereka guru-guruku
Jasad tercurah selalu untukku

Berilah hamba ilmu berguna
Untuk pelita di dalam jiwa
Kuatkan iman di dalam dada
Tunduk patuh padamu semata
Ya Allah

Tuesday, 30 September 2008

istiqaaaamah & manisnya ibaaadah

untuk post kali ini ana akan tulis pasal istiqamah dan manisnya ibadah. sebelum tu ana bawak satu cerita seorang yang bernama Fudhail bin Iyadh (tabiín). beliau adalah seorang pencuri. pada suatu hari, beliau ingin mencuri di salah sebuah rumah yang agak kaya dan di dalamnya ada seorang anak dara yang sangat cantik. ketika ingin masuk melalui tingkap,,,,beliau terdengar perbualan antara mak ngan ayah .....mak:abang!!! anak kita ni dah besar tapi tak kawin2 lagi ,abang carikanlah jodoh untuknya ye?ayah:hmmmm...betul jugak kan? nanti abang akan cari pemuda yang dirinya sentisa di masjid selama 40 hari. fFudhail bin Iyadh pun berfikir sejenak ......"kalau aku duduk di masjid selama 40 hari bermakna aku akan dapat kawin dengan anak orang kaya"dia pun terus ke masjid dan pura2 alim selama 40 hari. pada hari terakhir di masjid, si ayah pun datanglah kepadanya dan ingin memaklumkan tawaran yang dirancangnya. belum sempat dia memberitahu hal tersebut....Fudhail bin Iyadh memberitahu segala2nya yang dia tahu....lepas itu dia berkata "tapi, ila barada di masjid selama 40 hari.....hatiku seakan melupakan anak pakcik. hati ku sentiasa ingatkan Allah.tammmmmat...........................camtulah lebih kurang citer dia dan akhirnya dia dapat kawin ngan dara tuh.... kalau di tengokkan balik, Fudhail dari hari pertama sehingga hari ke 39 niat dia beribadah hanyalah semata2 kerana anak orang kaya yang dikatakan cantik tersebut. tapi dengan istiqamah yang dia lakukan ,Allah telah memberikan hidayah kepadanya dengan dia dapat merasakan kemanisan ibadah itu sendiri. jadi ikhwah dan akhawat sekalian terutama yang ingin berubah.... istiqamahlah dan banyak2 berdoa kepada Allah kerana Allah lah yang memberikan hidayah.