Sunday 13 December 2020

tentang aku..???



Assalamualaikum w.b.t...ismii Abdullah Azzam bin Jailani..macam biase, tujuan ana dicipta di dunia nie adalah untuk beribadah kepada Allah serta menjadi khalifah di muka bumi kerana Allah telah berfirman yg bermaksud: "dan tidaklah Aku menciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada-Ku" manakala ayat lagi satu di dalam Al-Qur'an yang bermaksud: '' ingatlah ketika tuhanmu berfiman kepada malaikat: ''sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi "...dalam ayat nie, apebila dikatakan 'seorang khalifah', maka kite tahu bahawa khalifah yang Allah nak jadikan kat bumi nie terdiri drpd manusia..kerana perkataan 'seorang' hanyalah digunakan untuk manusia. dan nie tujuan ana diciptakan di dunia...manakala tujuan ana menulis blog nie pulak adalah untuk berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu...semoga blog nie bermanfaat untuk antum semua. jika ada salah dan silap yg terdapat dalam blog nie, maka itu ialah kecuaiana dr ana yang sangat lemah ni..dan teguran amat2 digalakkan dalam ruangan komen atau c box yang telah disediakan....k..segala yang baik itu drpd Allah....silakan membaca!!!

Sunday 29 November 2009

kenape perlu DAKWAH ??

Assalamualaikum..

Ada satu hadis. Sesiapa yang berminat bolehlah mengikuti hadis ini di dalam siri kuliah Allah is preparing us for victory oleh Imam Anwar Awlaki. Rasulullah SAW kata generasi sahabat adalah yang terbaik, kemudian generasi Tabien, kemudian Tabi' Tabien. Tapi akan ada di akhir zaman yang mana pahala seorang dari mereka adalah bersamaan dengan 50 orang. Sahabat pun tanya, "Pahala 50 orang kami atau 50 orang mereka?" Kamu tahu apa jawapan Rasulullah SAW? Pahalanya adalah 50 orang kamu (merujuk kepada sahabat).

Korang tahu kan pengorbanan sahabat? Tahu kan kisah Mus'ab? Kisah Sumayyah? Kisah Bilal? Kisah Abu Bakar? Dapat bayangkan tak pahala jihad di zaman ini bersamaan dengan 50 orang sahabat? Masya Allah, tidak terkira.

Kemenangan Islam itu adalah perkara ghaib. Hanya orang yang beriman akan mempercayainya. Bagi yang dah pergi, sudah-sudahlah. Berikan duit itu pada dakwah dan jihad.

Siapa yang tidak merindui Rasulullah SAW? Siapa yang tidak ingin menziarahinya? Tapi cinta punya bukti dan bukti yang sebenar adalah dakwah. Saya nak kongsikan hadis ini lagi sekali, betapa Rasulullah SAW sudah pun merindui kita.

Di saat mana Rasulullah mengatakan dia merindui saudara-sauadaranya , suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangka n kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara: "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan `ikhwan' baginda:

"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika.

Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Tahu tak apa sunnah Rasulullah SAW yang paling besar? DAKWAH ilallah.

Saturday 24 October 2009

nak solat lebih sempurna??

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2..Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Saturday 10 October 2009

syiah??

Serupa tapi tak sama. Barangkali ungkapan ini tepat untuk menggambarkan Islam dan kelompok Syi'ah. Secara fizikalnya, memang sukar untuk membezakan antara penganut Islam dengan Syi'ah. Namun jika ditelusuri dengan teliti terutama dari sisi aqidah- perbezaan di antara keduanya ibarat minyak dan air. Sehingga, tidak mungkin disatukan.

Dewasa ini, fahaman syiah semakin bertapak secara senyap dan terancang di Malaysia. Terutamanya di institusi pengajian tinggi kita. Syiah merupakan ajaran sesat yang mewarnai ajaran songsang di Malaysia selain islam liberal, sekularisme, plurisme dan macam-macam lagi yang boleh merosakkan akidah umat islam di Malaysia terutamanya golongan muda hatta yang terpelajar. Kat sini secara ringkas info tentang fahaman syiah untuk semua sahabat-sahabat tahu, sebagai persediaan dan permulaan. ^_^

1. Syiah hanya memiliki 5 rukun Iman, tanpa menyebut keimanan kepada para malaikat, Rasul, Qadha dan Qadar. Iaitu, 1. Tauhid (keesaan Allah) 2. al-'Adl (Keadilan Allah). 3. Nubuwwah (Kenabian) 4. Imamah (Kepemimpinan Imam) 5. Ma'ad atau Hari kebangkitan dan pembalasan. (Muhammad Ridha Mudzaffar, al-'Aqaidul Imamiyyah).

2. Syiah tak dak dua kalimah syahadah dalam rukun Islam, yaitu: 1. Solat 2. Zakat 3. Puasa 4. Haji 5. Wilayah atau Perwalian. (al-Kafi, Juz II, hal 18).

3. Syiah meyakini bahwa al-Qur'an sekarangg ini telah diubah, ditambah atau dikurangi dari yang seharusnya.

4. Syiah meyakini bahwa para sahabat sepeninggalan Nabi murtad kecuali beberapa orang saja seperti al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dzar al-Ghifary dan Salman al-Farisi. (ar Raudhah minal Kafi, Juz VIII, hal 245; dan al Ushul minal Kafi, Juz II, hal 244).

5. Syiah menggunakan senjata taqiyyah yaitu berbohong, dengan cara menampakkan sesuatu yang berbeza dengan sebenarnya, untuk mengelabui mata orang. (al-Ushul minal Kafi, Juz II, hal 2l7).

6. Syiah percaya pada ar-Raj'ah yaitu kembalinya ruh-ruh ke jasadnya masing-masing di dunia sebelum Kiamat di kala Imam Ghaib mereka keluar dari persembunyiannya dan menghidupkan Ali dan anak-anaknya untuk balas dendam pada lawan-lawannya.

7. Syiah percaya kepada al-Bada'yakni tampak bagi Allah dalam hal keimaman Ismail (yang telah dinobatkan ke-Imamannya oleh ayahnya Ja'far ash-Shadiq, tetapi kemudian meninggal di saat ayahnya masih hidup) yang tadinya tak tampak. Jadi bagi mereka, Allah boleh khilaf, tetapi imam mereka tetap ma'sum.

8. Syiah membolehkan Nikah Mut'ah (Nikah Kontrak) dengan jangka waktu tertentu. (Tafsir Minhajus Shadiqin, Juz II, hal: 493). Padahal, nikah mut'ah telah diharamkan Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib sendiri.

hangat!!

Assalamualaikum…

Salam sesuci nur sobah buat saudaraku..salam ukhwah buat mu..doaku diiringi harapan agar dirimu sentiasa di bawah perlindungan Rahmat dan Kasih sayang Ilahi..semoga dirimu menjadi sebaik2 insan dan sesempurna hamba kepadaNya…amin…

Apa khbar..?
Maaf kerana mengganggu dan mengambil sedikit masamu tuk membaca surat ni..sebenarnya ana nak minta maaf banyak2 atas apa yang dah berlaku..mungkin ini yang terakhir dan yang terbaik ana fikirkan…mungkin. .ana sendiri tak pasti…sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang berlaku akan datang…

Kesempatan ni ana kirimkan warkah ni sebagai pengganti dri..sebagai ttapan terkakhir dan ni mungkin dikatakan wasiat terakhir ana..walaupn mungkin isinya sama seperti yang ana sebut di dalam masej2 yang ana kirim tuk enta…namun terima ia dengan adanya..kerana itulah wasiat yang ana tinggal TUK SAUDARA YANG ANA KENALI…
Wallahu a'lam…

Kisah ni tuk renungan kita bersama…hakikatnya ceritanya mungkin lain..tapi ni bagi ana iktibar tuk ana. Dan panduan bagi ana untuk buat satu keputusan yang mungkin bagi enta sesuatu yang tak rasional…

"disini saya nak ceritakan tentang pengalaman dan sedikit pengajarannya. ..
kisah ni berlaku dalam hidup saya bermula saya tamat spm.. saya berkenalan dengan seorang lelaki... permulaan perkenalan semua indah belaka... memang tak dapat dinafikan la..
lepas tu, saya menyambung pengajian di ipts...
kemudian, dia datang merisik... tapi keluarga saya membantah dengan alasan saya masih belajar.. saya akui itu.. saya juga berpendapat begitu..
tapi apa yang terjadi... dia memutuskan hubungan dengan saya. alasannya, dia dah temui perempuan lain. apa yang paling saya terkilan, perempuan tu lebih sosial, seksi... sedangkan saya tak..

masa tu, ALLAH je tahu perasaan saya.. saya bertekad takkan bercinta lagi...
tapi takdir ALLAH tiada siapa dapat jangka... datang seorang lelaki non-muslim yang sekadar nak menjadi sahabat..dan salam perkenalan tu saya terima..
sungguh saya tak sangka, rupanya dia bakal memeluk islam.. dan saya sangat terpegun bila dia bercakap mengenai akidah. pengetahuannya dan pegangannya pada islam sangat kuat..
pernah saya rasa kecewa dengan hidup, saya katakan padanya yang saya nak berubah. dari bertudung labuh, sya nak pakai tudung saiz standard yang kecik tu..
tapi dia jawab,
'kan cantik pakai tudung labuh...
cantik yang saya maksudkan adalah cantik luaran dan dalaman.. tapi indahnya kalau cantik akidah..'

bukan bertudung labuh bermakna akidah yang bagus, tapi inilah jendela bagi aurat.. aurat pula adalah jendela bagi maksiat.. jika kita tergamak mendedahkan aurat kita pada umum, maka bermakna kita juga telah membuka jendela bagi kemaksiatan. .
fikir-fikirkan. .

tapi hubungan kami selalu mempunyai kejutan..
dia meminta kami jadi kawan, dan dia akan berjumpa keluarga saya selepas saya tamat belajar..
sesungguhnya takdir ALLAH tiada siapa dapat menduga..
saya bersyukur kerana ALLAH temukan saya dengan dia...
terima kasih ALLAH...(setiap yang berlaku ada hikmahnya..)

hakikatnya.. ..seseorg hamba yang memahami erti cinta sejati terhadap lawan jenisnya adalah hanya org2 yg memiliki kemampuan berfikir.. cuba perhatikan potongn firman Allah di bawah..

"dan antara ayat2(keterangan) Nya juga,bahawa Allah mnjadikan isteri bgmu, yg sebangsa dgnmu, supaya kamu boleh kamu diam(mengalami hidup yg tenang dan damai)bersama- sama dia,serta berkasih sayang. sesungguhnya yg demikian itu menjadi ayat(keterangan) bagi kaum yg berfikir"

(ar rum:21)

pada firman di atas, Allah menegaskan bhw Dia mencipta "Azwajan"yg bermakna isteri utk hidup aman n tenteram. kenapa Allah tidak mengatakan "Nissaan" atau "Imraatan" yg bererti "wanita" atau "perempuan" pada firmanNya yg suci di atas? Nyatalah disini,bhw kasih syg n perasaan cinta seorg lelaki hnya dibenarkn kpd isterinya shj.. begitulah sebaliknya..

Ini menggambarkan Islam mengajarkan "bernikah dahulu baru bercinta" .namun, islam tak melarang pemeluknya utk merisik seseorg utk dijadkan isteri melalui cara dan etika yg dibenarkan.. sprti melihat wajah n tapak tgn..

sekarang,bagaimana syaitan menyalah gunakan cinta antara lawan jenis atau sesuatu pasangan yg hendak bernikah? dinafikan atau tidak,pada zaman ini rmi yg terperangkap pada jerat syaitan. dah ramai psgn muda mudi bahkan remaja yg belum ada sebarang ikatan dah berani saling berpandangn penuh nafsu, berpelukan.. .malah sehingga ke peringkat perhubungn seks.

remaja belasan tahun rata2 telah mengenal apa itu boyfren and girlfren..bahkan ada yg rasa malu jika mereka x ada teman istimewa..sesungguh nya makar syaitan telah menjadikan kehidupan manusia terbalik 100 darjat..

syaitan melalui teori psikologi cinta yg diciptakan manusia kini mengilhamkan aliran pemikiran keji di sisi syarak. seperti pendapat yg mengatakan bhw rasa cinta adalah salah satu tabiat manusia yg normal dan wajar,oleh itu hendaklah perasaan itu diluahkan menerusi sikap2 romantik spti berpegangan tgn, berpelukan dn yg related dgnya.

mengenai percintaan sebelum nikah pula, ada seorg ilmuan barat pernah berkata..."how can i love a person whom i dont know?how can the person love me if he does not know me?" pernyataan itu sedikit sebanyak ada benarnya.. tapi apa yg sngt dikesalkan adalah hampir keseluruhan remaja mentafsirkan bhw "org yg nak bernikah mestilah berkenalan n bercinta dulu". sebagai akibtnya,mereka bergaul bebas sblm ape2 ikatan dgn alasan utk saling memahami,menyesuaikan diri sesama mereka demi keserasian hbgn mereka stlh berkahwin.bukankah ini sgt bercanggah dgn isyarat Allah dlm surah Al-Rum ayat 21?

seterusnya, syaitan akan pasang perangkap pada semua anggota tubuh bdn manusia dan bahkan Ia berjalan hilir mudik searah dgn peredaran darah manusia. menurut bisikan syaitan, terdapat beberapa cara utk meluahkan perasaan antara lawan jenis.mulai dgn hujung rambut ke hujung kaki..dgn demikian, ia mengajar bagaimana cara memikat melalui mata,suara,kecantik an,raut muka,cara berpakaian dan byk lagi..

renungkanlah. .di mana kita meletakkan Allah dlam setiap apa yg kita buat..mintalah ampun kpd Allah jika selama ini kita mmbelakangkan cinta kpdNya..

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."

Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir mengaku, "Saya yang merayu."

Lidah menambah, "Saya yang mengisap."

Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:

"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."

Apa yang dalam cerita ni cukup bagi kesedaran pada ana…ni yang sentiasa bermain difikiran ana..akhirnya jawapan yang pasti adalah melepaskan dirimu dengan redha..kerana Allah tu sentiasa dengan hamba2Nya yang sabar…ni dinamakan ujian dan dugaan…bila ana masej dengan enta..ana terasa yang ana sedang membuka ruang tuk syaitan menggoda dan terus menggoda sehingga dia berjaya buat kita lalai…nauzubillah… akhirnya kita seronok dan terus menghalalkan sesuatu yang haram disisi Agama…dan berterusan lah murka Allah pada kita…

Ana teringat satu kisah lagi..yang mana ada seorang yang selalu berbuat maksiat bertemu dengan seorang alim..lalu dia bertanyakan kepada alim tersebut…

Hamba: wahai orang alim..aku sering melakukan maksiat terhadap Allah…bagaimana?

Orang alim: kamu boleh terus melakuan maksiat tapi dengan syarat..

Hamba: apa syaratnya..?

Orang alim: kalau kamu berterusan melakukan maksiat..jgn tinggal dibumi Allah..

Hamba: ha??bagaimana? dimana saya mahu tinggal??

Orang alim: jgn kamu sedut udara dan tahan nafas mu…

Hamba: mana boleh??matilah saya!!
Orang alim: jgn kamu makan setiap rezeki yang allah beri….

Hamba: mana boleh!!nanti saya kelaparan…

Orang alim: jika kam takut mati,tidak tahu mana hendak tinggal,dan takut kelaparan..kenapa kamu ingkr dengan suruhan Allah..dan turuti perkara yang terlarang?
Bertubatla wahai saudaraku..dengan sungguh2 kamu bertaubat..semoga Allah mengampuni dosa2 mu…

Erm bila baca kisah ni..kita boleh fikir kita ditahap yang mana??erm kita insan yang lupa kerana seronoknya dunia…dunia mampu menutup mata hati kita tuk melihat kebnaran…maafkan ana kerana ana bertindak tanpa enta pinta…namn ini la yg ana fikirkan bila ana sendirian…mungkin cara ana tarbiah enta tu salah..namun nilah yang enta perlu terima…andaikata ana tak tegas..pasti kita kalah lagi..kalah dan tersungkur dek syurga dunia yang menipu kita….nauzubillah… .

Syukurla kerana kita diberi kesedaran sebelum ajal menjemput kita…ana tak mahu kita menjadi hamba yang munafik..munafik pada agama sendiri…alim disisi manusia tapi terkutuk di sisi Allah…puas ana fikirkannya. .ana tak mahu lagi…

Hari ni ana bertekad tuk jadi wanita yang sebelum enta kenal…jauh dari muamalh dengan lelaki kecuali belajar dan mendidik…terbiyah diri kita dengan cinta kepada Nya…agar hati kita sentiasa terdorong kepada pekara yang lebih baik..dan kelak kita dapat membina satu generasi islam yang hebat dunia akhirat..

Saudaraku…jangan kau bersedih dengan apa yang menimpa dirimu..tapi sedihlah sekiranya kita terus alpa dan leka dengan dunia yang bersifat semntara…titiskan airmatamu bukan tuk menyesal kerana pemergianku dari hidpmu..tapi tangisilah ia sekiranya Agama dan iman hilang dari dalam dirimu…
Lupakan diriku yang menyesatkan dirimu..kembalilah pada fitrah insan yang cinta hanya pada Dia..izinkan dirimu mlupakan ku dan kenangan dulu..jgn dikau berkata tidak kerana ia akan menghalang kamu tuk mencintai penciptamu.. mencari cinta yang abadi dan hakiki…
Ana manusia biasa yang punya kelemahan..setakat yang ana mampu..mangangkat tangan dan berdoa agar dirimu terpelihara dari godaan dunia…amin…

Jga diri baik2…semoga cintaNya mengeringi kehidupanmu. ,..semoga ana lebih jauh darimu dan Dia lebih dekat kepadamu…tarbiahlah dirimu dengan perkara2 yang berfaedah yang boleh dekatkan dirimu kepadaNya..agar kamu terus bersama dalam pelukan ilahi…amin….

Akhirkalam…jadilah anak yang soleh..yang kedatangannya dinantikan.. pemergiannya terasa…yang hadirnya disana dengan salam dari para malaikat…tuk menjemputmu berada dialam yang bahagia….amin…

Ingat…ingat Allah..disetiap apa yang kamu lakukan…semoga kamu lebih diberkati…amin. .

Wassalam warahmatullahiwabar akatuh..

Yg benr…
ana..pengharap cinta Ilahi,mendamba keampunanNya. ..

Monday 21 September 2009

RAMADHAN>.>>

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah bulan rahmat yang mana seorang Muslim itu giat berusaha mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda dariNya. Ia juga merupakan bulan yang memberikan banyak pelajaran kepada umat Islam seperti yang tertulis di dalam lipatan sejarahnya. Sepanjang bulan ini kaum Muslimin telah banyak berjuang dalam pertempuran yang dengan demikian itu rahmat Islam telah berjaya dikembangkan ke tanah yang baru dan penjajah tanah umat Islam dihalau demi menegakkan kembali kekuasaan Islam dan umatnya. Salah satu peperangan yang terkenal adalah Perang Ain Jalut yang berlaku dalam tahun 658 hijriah menentang penjajahan kaum Tartar, yang dianggap sebagai salah satu daripada kejayaan luar biasa yang pernah tercatat dalam sejarah kemanusiaan. Mengambil kira situasi sukar yang berlaku terhadap umat Islam masa kini di Afghanistan, Palestin, Kashmir, Indonesia, Bosnia, Chechnya - malah umat Islam di seluruh dunia secara umumnya, banyak /kesamaan dan iktibar penting yang dapat kita timba dari peristiwa peperangan yang terkenal ini.

Gambaran Keseluruhan Peperangan

Di penghujung tahun 656 Hijriah, bangsa Tartar telah melancarkan satu serangan mereka yang terbesar ke atas tanah Khilafah Muslimin yang mengakibatkan jatuhnya kota Baghdad, terbunuhnya Khalifah Mu'tasim Billah, dan terjajahnya tiga per-empat dari wilayahnya. Sewaktu dalam perjalanan menghala ke Mesir dan Maghribi, kubu akhir yang terkuat bagi kaum Muslimin, tentera Tartar telah menghantar sepucuk surat ancaman untuk Wali (Gabenor) wilayah Mesir, Mahmoud Saifudeen Qutuz, yang antara lain menyatakan, "Kami telah menghancurkan tanah itu, menjadikan anak-anak mereka yatim-piatu, menyeksa dan membunuh mereka, mencabul kehormatan mereka dan menjadikan pemimpin mereka tawanan. Apakah anda fikir anda boleh melepaskan diri daripada kami? Anda akan tahu selepas ini apa yang akan datang kepada anda..." mereka menjangkakan, ugutan semacam ini sudah mampu untuk mematahkan rintangan kaum Muslimin terhadap kemaraan mereka lantaran kelemahan dan rendahnya moral dan semangat kaum Muslimin ketika itu. Qutuz bagaimanapun telah memberikan jawapan yang berbeza. Beliau telah membunuh semua delegasi tentera Tartar tersebut dan mayat mereka dibiarkan tergantung di dalam kotanya, sehingga tindakannya itu dilihat berjaya meningkatkan semangat tentera dan rakyatnya, dan dari satu sudut yang lain pula ia berjaya menyampaikan amaran keras terhadap pengintip yang dihantar serta pengikut setia musuhnya.

Ia telah berjaya menaikkan semangat kaum Muslimin ketika itu dan pada masa yang sama telah mengejutkan kaum Tartar kerana mereka sedar bahawa mereka sedang menghadapi seorang pemimpin yang lain daripada apa yang telah mereka jumpai sebelum ini.

Qutuz kemudiannya menghimpunkan kaum Muslimin untuk menghadapi pertempuran yang tidak dapat dielakkan tersebut. Di bawah kepimpinannya, kaum Muslimin telah bersatu atas dasar Iman, kesepakatan, dan senjata-senjata besi yang perlu telah disediakan untuk berhadapan dengan musuhnya. Dia turut memohon bantuan dari pegawai-pegawainya dan para ulama' untuk bersama-sama dengannya menyeru kaum muslimin untuk berjuang mempertahankan Islam dan menumpukan usaha untuk membebaskan tanah-tanah mereka yang telah dijajah.

Tibalah masa untuk pertempuran yang kemudiannya berlaku di medan perang Ain Jalut bersamaan dengan hari Jumaat, 25 Ramadhan 658 hijriyah. Qutuz sendiri yang mengepalai tentera kaum Muslimin ke medan perang telah memberikan goncangan pada jiwa tentera-tentera Tartar. Memerhatikan situasi ini, Qutuz kemudiannya memanjat naik atas seketul batu besar, mencampakkan topi perangnya, beliau melaungkan "Wa Islamah. Wa Islamah." (Demi Islam! Demi Islam!). Beliau menyeru tentera-tenteranya menetapkan hati berjuang menentang musuh-musuh Allah. Kemudian pemimpin tentera Muslimin beliau yang asalnya berasa goyah dan putus asa terhadap pertempuran ini berpaling apabila mendengar suara beliau yang garang bersama riak mukanya yang kemerahan marah menghayun dan menebas pedangnya dengan penuh keberanian untuk menewaskan musuh-musuhnya. Keberanian Qutuz ini telah memeranjatkan pemimpin-pemimpinny a yang pantas mengikuti langkah-langkahnya, dan akhirnya meningkatkan semangat tentera Islam keseluruhannya. Lama-kelamaan pertempuran itu telah mulai memihak kepada tentera Muslimin sehinggalah kemudiannya barisan tentera Tartar dihancurkan memaksa mereka melarikan diri dari medan pertempuran. Kemenangan berpihak kepada Islam dan kaum Muslimin. Bagi tentera Tartar, apabila mereka menyedari serangan dan dominasi mereka ke atas wilayah Timur Islam semakin pudar dan umat Islam berjaya meningkatkan kembali kekuatannya, mereka telah melarikan diri pulang ke tanah air mereka, yang memudahkan usaha-usaha Qutuz untuk membebaskan kesemua wilayah Shaam dalam masa beberapa minggu. Kemenangan besar kaum Muslimin di bawah kepimpinan yang ikhlas tersebut, yang pada satu masanya adalah sangat lemah dan dikuasai oleh musuh, mempunyai banyak kesamaan ke atas keadaan umat Islam pada hari ini.

Perbandingan 1 - Pengkhianatan Pemimpin

Keupayaan kaum Tartar menghancurkan umat Islam, mengambil alih ibu kota Khilafah, membunuh rakyat-rakyatnya yang tidak berdosa, dan menjajah sehingga dua pertiga tanah umat Islam, adalah sebagai akibat daripada pengkhianatan yang dilakukan oleh Al-`Alkami. Al-`Alkami adalah menteri Khalifah Mu'tasim Billah. Dia memperdaya Mu'tasim supaya melakukan perdamaian dengan pihak Tartar sementara itu pada masa yang sama dia telah mengikat perjanjian rahsia dengan mereka, menjanjikan untuk mereka pelepasan dari sebarang halangan semasa serangan mereka dengan syarat mereka melantiknya menjadi Khalifah dan membenarkan dia mendirikan kerajaannya sendiri di Baghdad. Pengkhianatan ini telah membawa kepada kematian Mu'tasim dan pegawai-pegawainya yang ikhlas serta ulama yang diutus oleh khalifah untuk berunding dengan kaum Tartar kemudiannya telah dibunuh oleh mereka. Ia juga membawa kematian kepada dirinya sendiri di tangan kaum Tartar, dan janji mereka kepadanya tidak memberikan apa-apa makna.

Bandingkan pengkhianatan yang dilakukan oleh Al-Alkami dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin umat Islam pada masa sekarang. Kaum Muslimin telah diperdaya supaya melakukan perdamaian dengan Israel melalui tindakan pemimpin-pemimpin, yang kebanyakannya telah melakukan perdamaian ini secara terbuka, seperti Hosni Mubarak di Mesir, Raja Abdullah di Jordan, dan Yasser Arafat di Palestin. Hasil dari pengkhianatan ini, entiti Israel terus wujud dan juga pembelotan serta pertumpahan darah Muslimin di Palestin yang hidup umat yang tertindas di bawah pemerintahan Israel. Apa yang pemerintah ini dapat sebagai balasan daripada pihak musuh tersebut? Keadaan ekonomi yang parah, masyarakat yang terabai, hilangnya kuasa politik, ketakutan yang berpanjangan terhadap Israel dan umat Islam yang telah mengetahui tentang pembelotan pemimpin-pemimpin ini yang berusaha untuk menjatuhkannya. Contohnya Musharraf yang cuba meyakinkan umat Islam di Pakistan tentang faedah-faedah membenarkan Amerika mengebom muslimin di Afghanistan atas dasar manfaat ekonomi, penghapusan sekatan ekonomi dan pembentukan kerajaan baru di Afghanistan. Apa yang Musharraf dapat sebagai balasan terhadap perkhidmatannya kepada Amerika? Faedah ekonomi yang dijanjikan oleh Amerika tidak memberi sebarang kesan terhadap jumlah hutang yang dimilikinya lantaran polisi penyesuaian struktur IMF yang sukar dan telah menempatkan sumber ekonomi paling penting Pakistan berada di tangan pelabur-pelabur dan institusi swasta asing sehingga meletakkan umat Islam di Pakistan terus berada dalam kesusahan. Secara politik, Musharraf `terkejut' apabila mendapat tahu NATO telah memasuki Kabul dengan kebenaran Amerika, walhal sebelumnya Amerika telah berjanji untuk menghalang NATO daripada memasukinya sehingga ia berunding dengan kepimpinan Pakistan.

Pemimpin-pemimpin ini dan pengkhianatan yang mereka lakukan tidak membawa apa-apa keuntungan sama ada kepada Islam, Muslimin, malah kepada diri mereka sendiri - namun mereka masih meneruskannya.

Firman Allah SWT:

"(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya) ."[TMQ An-Nisa'[4]: 139]

Perbandingan 2 – Reaksi kepada Ancaman Musuh

Tentera Tartar telah memberikan ugutan dan peringatan kepada kaum Muslimin mengenai sebarang penentangan terhadap penjajahan dan pemerintahan mereka. Tetapi, walaupun tentera Muslim berada dalam keadaan yang lemah dan rendah semangat mereka, Qutuz bangkit dengan keyakinan terhadap Islam dan bertindak balas terhadap surat ancaman tersebut dengan ancaman yang lebih kurang serupa. Tindakan beliau ke atas delegasi kaum Tartar tersebut adalah untuk menyampaikan mesej kepada mereka bahawa mereka sedang berhadapan dengan seorang pemimpin yang tidak akan berkompromi terhadap penghinaan/penodaan terhadap Islam, umatnya dan tanahnya. Beliau kemudiannya telah menggerakkan tentera-tenteranya untuk persediaan peperangan tersebut.

Bandingkan hal ini dengan keadaan semasa Bush, Presiden AS mengumumkan bahawa perang Afghanistan adalah peperangan yang mana negara-negara dunia harus memilih sama ada ingin berpihak kepada AS atau menjadi musuh AS. Di hadapan delegasi PBB, dia memberikan ancaman dengan menyatakan "Sama ada anda bersama atau menentang kami". Bagaimana pemimpin-pemimpin umat Islam telah bertindak balas terhadap ugutan ini yang membawa kepada penodaan ke atas Islam, umat dan tanahnya?

Musharraf, Karimov dan pemimpin Turki adalah antara mereka yang bukan hanya menyokong tindakan dan ugutan Amerika ini, malah turut menyediakan bantuan logistik dan perisikan ke atas serangan yang dilakukan pada umat Islam di Afghanistan. Pemimpin Libya, Muamar Gadafi dan pemimpin Jordan, Abdullah adalah antara mereka yang menyatakan sokongan mereka pada Amerika kepada umum dan malah memberikan sokongan kepada Amerika untuk meneruskan pengeboman walaupun dalam bulan Ramadhan. Pemimpin yang lain seperti Bashier (Sudan) dan Arafat menawarkan sokongan mereka dengan mengumpulkan senarai "pengganas yang disyaki" di dalam negara mereka dan menyerahkannya kepada CIA.

Orang-orang seperti Basar al-Assad pemerintah Syria, yang memberikan sokongan secara tidak lansung mereka kepada Amerika untuk mendapatkan jaminan supaya ancaman dan serangan Amerika ini hanya terbatas setakat di Afghanistan sahaja dan tidak merebak ke negara-negara Arab. Manakala untuk orang-orang seperti Saddam Hussein, penentangannya terhadap Amerika yang ditunjuk-tunjukkan kepada umum tidak boleh dianggap sama seperti kedudukan Qutuz. Qutuz berdiri untuk Islam dan semangatnya untuk membela Islam, manakala Saddam pula telah menodai/menghina agama Islam, mencabut nyawa kaum muslimin, dan mengaut kesemua kekayaan milik rakyat di Iraq lebih dahulu awal-awal lagi sebelum kedatangan Amerika. Dan untuk kedudukan politiknya, ianya jelas untuk kepentingan dan faedah tuannya, iaitu pihak British.

Sementara tindak balas Qutuz kepada kaum Tartar telah menaikkan semangat kaum Muslimin dan pada masa yang sama telah memberikan kejutan kepada musuhnya, tindak balas pemimpin hari ini pula dalam menghadapi keadaan yang sama seperti dahulu, telah menyebabkan umat Islam menderita dan pada masa yang sama menjanjikan Amerika mencapai apa sahaja kehendaknya. Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [TMQ Muhammad (47) : 7]

Perbandingan 3 – Reaksi Para Ulama'

Antara ulama' terkenal yang melibatkan diri menyeru kaum Muslimin untuk bersatu dan bersedia untuk berjihad di waktu Ain Jalut adalah Sheikh-ul-ulama' Al-Izz Bin Abdis-Salam. Selain menyahut seruan Qutuz menyeru kaum Muslimin dengan bersemangat dan juga menggunakan mimbar-mimbar masjid untuk memperingatkan kaum Muslimin tentang tanggungjawab mereka, keikhlasan beliau terserlah contohnya apabila Qutuz meminta fatwa untuk membenarkan kerajaan mengambil cukai daripada rakyat bagi tujuan untuk menyediakan kelengkapan perang dan tentera Muslimin, beliau menolak sehinggalah semua harta pemerintah dan pegawai kerajaan dibelanjakan untuk tujuan itu.

Bandingkan hal ini dengan ulama'-ulama' yang duduk dalam masyarakat pada masa kini, manakala pada masa yang sama ramai lagi pejuang-pejuang agama yang ikhlas menderita disumbatkan ke dalam penjara-penjara di negara umat Islam. Bagaimana ulama' hari ini sanggup turut bersekongkol bersama dengan pemerintah membelot terhadap Islam dan umatnya di Afghanistan dan di negeri-negeri mereka sendiri. Ketika Putera Nayef, Menteri Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan "tidak ada sesiapa yang berhak mengeluarkan fatwa melancarkan jihad dan memberi sokongan ke atas rejim Afghanistan, kecuali Majlis Fatwa atau sesiapa sahaja yang dibenarkan oleh majlis tersebut untuk mengeluarkan fatwa. Ulama bersepakat ke atas perkara ini, dan jihad tidak menjadi wajib sehinggalah perintah melaksanakannya dikeluarkan oleh pemerintah negara tersebut", ke manakah perginya para ulama' yang duduk dalam majlis fatwa tersebut yang sepatutnya mengisytiharkan jihad? Malah di Amerika Syarikat, ada seorang Imam yang mengisytiharkan bahawa tanggungjawab seorang tentera Muslim dalam pasukan tentera Amerika dalam mempertahankan tanah air mereka dan menyerang sesiapa sahaja yang dianggap oleh Amerika sebagai musuh. Daripada mempertahankan kebenaran pimpinan yang adil, mereka lebih suka membenarkan pemesongan yang dilakukan oleh pemimpin yang zalim yang telah memisahkan tanah-tanah kaum Muslimin dan menerapkan undang-undang kufur ke atas mereka. Malahan mereka telah mereka telah membenarkan para pemimpin merampas kekayaan kaum Muslimin dengan mengenakan cukai yang tinggi dan melampau seperti kerajaan Pakistan yang mengenakan Cukai Jualan dan peningkatan Cukai Tambahan (Value Added Tax-VAT) yang dikenakan oleh kerajaan Sudan sebagai tambahan kepada cukai yang sedia ada.

Abi al-`Awar as-Silmi (ra) melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Berhati-hatilah kamu terhadap pintu-pintu yang mendekati penguasa, kerana ia sebenarnya menjadi punca fitnah dan juga kehinaan" [Sahih ad-Dailamee, Ibn Mundah, Ibn-Asaki - as-Saheehah: 1253]

Perbandingan 4 – Persediaan Menghadapi Peperangan

Qutuz telah menghimpunkan pegawai-pegawainya, para Ulama' dan kaum Muslimin atas dasar Iman, perpaduan dan persediaan untuk berperang serta menumpukan kepada kejayaan yang bakal Allah berikan pada kaum Muslimin ke atas musuhNya. Dana yang mencukupi talah dikumpulkan untuk mencapai objektif ini dan tenteranya telah digerakkan untuk bertarung di medan jihad demi mempertahankan Islam, umat dan tanah kaum muslimin menentang kaum penjajah.

Bandingkan pemerintah umat Islam pada hari ini yang juga telah mengumpulkan para pegawai, ulama' dan tentera untuk peperangan. Musharraf telah membantu Amerika untuk persediaan peperangan menentang kaum Muslimin dan meninggalkan mereka sepenuhnya. Dia lebih sanggup mengarahkan tenteranya berkawal di sepanjang sempadan Afghanistan- Pakistan bagi menghalang kemasukan kaum Muslimin dari negara itu ke sempadan negaranya bagi mencari perlindungan daripada memerintahkan tenteranya berdiri bersama-sama umat Islam Afghanistan menentang musuh mereka. Musharraf juga menggunakan tenteranya untuk menekan sebarang usaha demonstrasi yang menyatakan sokongan terhadap Jihad di Afghanistan dan menghalang sebarang penyaluran dana untuk jihad di sana. Sementara itu di sebelah Jordan pula ketika serangan Israel ke atas Palestin sedang berlaku. Salah satu unit tentera Jordan yang baru sahaja pulang dari melaksanakan tugas yang jauhnya adalah 1500 batu dari tempat mereka untuk mempertahankan kepentingan British di Sierra Leone sanggup hanya sekadar melintasi sempadan Palestin dan membiarkan sahaja kaum Muslimin yang dibunuh oleh tentera Israel, yang jaraknya dari kawasan mereka hanyalah 10 meter.

Adakah para pemerintah ini telah melupakan perintah Allah SWT yang firmanNya berbunyi:

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." [TMQ Al-Anfaal (8) :60]

Dan Allah SWT juga berfirman:

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat..."[TMQ al-Mumtahanah[ 60]:1]

Perbandingan 5 - Seruan Kembali kepada Islam Ketika Saat Memerlukan

Di waktu tentera Tartar masih lagi menguasai pertempuran, Qutuz telah memanjat sebuah batu besar, mencampakkan topi perangnya sambil melaungkan "Wa Islamah... Wa Islamah" (Demi Islam..Demi Islam), menyeru tenteranya berdiri teguh menentang musuh-musuh Allah. Tindakan beliau ini adalah sama seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sewaktu dalam peperangan Uhud yang mana baginda menyeru sembilan orang Sahabat (radhiallahuanhum) yang berada di sekitar baginda sambil melaungkan, "Marilah sini! Marilah sini! Akulah Rasulullah," yang mana pada ketika itu kafir Quraisy telah pun menguasai pertempuran tersebut mengatasi kekuatan Muslimin dan ramai di kalangan kaum Muslimin ketika itu yang mulai lemah dan meninggalkan medan pertempuran selepas mendengar khabar bahawa Rasulullah SAW telah terbunuh. Inilah keimanan, semangat dan rasa cinta terhadap Islam yang ingin dibina oleh Qutuz pada tentera-tenteranya.

Bandingkan situasi tersebut pada pemerintah hari ini. Walaupun keadaan pada ketika ini amat memerlukan penyatuan kaum Muslimin atas dasar Islam dan bantuan dari Allah merupakan satu kepastian, malangnya kita masih melihat pemerintah hari ini melaungkan, "Demi Amerika!! Demi PBB!! Demi NATO!!" Arafat dan pemerintah Arab tidak berusaha mengumpulkan kekuatan kaum Muslimin atas dasar Islam ketika berhadapan dengan Israel. Sebaliknya Arafat telah menyatakan bahawa tidak akan ada perdamaian selagi Amerika tidak masuk campur tangan. Juga seperti mana Mushararraf. Ketika beliau ditekan oleh Amerika berkenaan Afghanistan, dia bertindak menghimpunkan kaum Muslimin supaya menyokongnya di dalam menerima tuntutan Amerika yang mahu menggunakan lapangan terbang Pakistan bagi melancarkan serangan ke atas Afghanistan.

Tidakkah pemerintah-pemerint ah ini ingat akan doa Rasulullah SAW ketika baginda dihalau keluar dari Kota Thaif sambil tubuh baginda dibasahi darah akibat dibaling batu oleh kanak-kanak dan hamba abdi, beliau mengadu: "Ya Allah! Kepada Engkaulah aku mengadukan kelemahan kekuatanku, dan sedikitnya daya upayaku dan kehinaanku bagi manusia, ya Tuhan yang Maha Penyayang kepada orang-orang yang kasih sayang. Ya Tuhan, Engkaulah yang memelihara orang-orang yang dipandang lemah, yang tertindas, dan Engkaulah Tuhanku, kepada siapa Engkau akan menyerahkan aku? apakah kepada musuh yang jauh yang amat benci kepadaku, ataukah kepada kawan yang dekat yang telah Engkau beri kekuasaan mengurus urusanku? Jika engkau tidak murka kepadaku, maka tidaklah mengapa, aku tidak peduli, melainkan kemurahan Engkau lebih lapang kepadaku, itulah yang aku harapkan. Aku berlindung kepada Nur Wajah Engkau yang mulia, yang menyinari langit dan bumi, dan yang menerangi semua kegelapan dan memperbaiki urusan dunia dan akhirat. Semoga Engkau janganlah menjatuhkan kemarahan Engkau kepadaku; atau janganlah Engkau menurunkan kemurkaan Engkau kepadaku; Dan kepada engkaulah semua celaan ini aku serahkan sehingga Engkau redha. Dan tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Engkau jua."

Perbandingan 6 – Kesan daripada peperangan

Kesan utama daripada peperangan ini adalah pembebasan kaum Muslimin dari penguasaan kaum Tartar dan aqidah mereka yang sesat, meningkatnya keyakinan dan semangat kaum Muslimin, dan juga mendapatkan semula kekuatan dan kedudukan Negara Islam yang telah berdiri semenjak berabad lamanya mempertahankan Islam dan umatnya ke atas tersebarnya kekufuran.

Bandingkan dengan hari ini. Lihat sahajalah pada perang Arab-Israel, Pakistan-India, Bosnia, Palestin, Perang Teluk dan lain-lain lagi yang melibatkan umat Islam, hasil langsung dari kesemua ini adalah pemerintah-pemerint ah umat Islam ini telah mengukuhkan lagi kekuasaan kufur ke atas mereka, menghancurkan semangat dan keyakinan kaum Muslimin, mengkhianati Islam dan umatnya. Kesan malapetaka yang berlaku di Afghanistan telah memperlihatkan betapa pemimpin-pemimpin Afghanistan berkumpul seperti peminta sedekah di persidangan Bonn, German yang membincangkan kerajaan baru Afghanistan setelah tertumpahnya darah kaum Muslimin di sana, sementara penjajah Amerika pula sibuk untuk mencari kawasan baru bagi serangan mereka ke atas pengganas.

Kesimpulan

Perang Ain Jalut adalah peristiwa gilang-gemilang yang berlaku dalam lipatan sejarah umat Islam. Jika hendak dibuat perbandingan dengan tujuan untuk mencari pengajaran di dalam usaha untuk membangkitkan semula umat Islam, maka pengajaran yang dapat diambil daripada sejarah perang tersebut adalah:

Di bawah kepimpinan Islam yang ikhlas, umat Islam itu telah disatukan, mereka berjaya memperoleh kekuatan dan mengatasi kelemahan, Iman mereka dihidupkan dan tentera-tenteranya pula dipersiapkan dan digerakkan untuk menghalau penjajah, mempertahankan tanah dan jiwa umat Islam dan mengembalikan kekuasaan kepada Islam.

Pada hari ini kita tidak lagi memiliki pemimpin yang ikhlas dan juga negara Islam yang akan menggerakkan sumber-sumber yang dimiliki umat Islam untuk memikul tanggungjawab terhadap agama dan umatnya. Iaitu pemimpin-pemimpin yang sentiasa mencari kemenangan ke atas musuh Allah, rasulnya dan juga kaum muslimin.

Bulan Ramadhan yang dirahmati ini tidak seharusnya berlalu tanpa umat Islam itu bangkit dan melibatkan diri dalam tugas untuk mengebumikan kepimpinan dan sistem kufur yang sedang menguasai ruang lingkup kehidupan kita pada hari ini.

Semoga Allah SWT memberikan pertolongan kepada kita untuk menunaikan ibadah puasa ini dan menegakkan kembali Khilafah yang akan mengembalikan hak dan kehormatan umat Islam dalam masa terdekat ini.

Sumber : www.khilafah. com

wahai umat islam!!!!

BRITAIN memerlukan dasar baru untuk menangani isu berkaitan dengan eksploitasi rasis berikutan kejadian yang berlaku di luar sebuah masjid di London. Setiausaha Komuniti Britain, John Denham memberitahu akhbar The Guardian satu strategi baru daripada kerajaan diperlukan untuk menangani isu yang cuba dieksploitasi oleh pelampau kaum. Beliau membuat kenyataan itu selepas pasukan pencegah rusuhan polis menangkap 10 orang kelmarin dalam satu pergaduhan antara penunjuk perasaan beragama Islam dengan kumpulan anti-Islam di luar sebuah masjid di London. Menurut Denham, menteri-menteri akan mendedahkan program kerajaan itu yang menjadikan komuniti berkulit putih dan kelas pekerjaan sebagai sasaran. Pada kejadian yang berlaku Jumaat lalu, polis membuat tangkapan dan meleraikan tunjuk perasaan selepas sekumpulan pemuda Muslim membaling kayu dan batu ke arah sekumpulan penunjuk perasaan anti-Islam. Kira-kira 1,000 orang menyertai tunjuk perasaan itu. Seorang penunjuk perasaan, Khairul Khan berkata, penunjuk perasaan Islam sebenarnya tidak menunjukkan perbuatan agresif. "Kami cuma mempertahankan masjid kami. Kami cuba untuk menghentikan mereka daripada menyerang rumah Tuhan kami," katanya. - AFP

Sumber: Kosmo 12/09/09

Kebencian Barat Kepada Islam Dan Umat Islam Terus Membara

Nampaknya kejadian serangan 11 September 2001 lapan tahun yang lepas terus menjadi pemicu untuk mewujudkan kebencian Barat kepada Islam. Inilah keadaan dan nasib umat Islam di seluruh dunia. Mereka terus dijadikan sasaran oleh golongan yang anti dan benci kepada Islam dan umat Islam. Dalam isu di atas kita dapat melihat bagaimana pihak berkuasa dan keselamatan Britain gagal menjalankan tugasnya untuk menghalang kejadian ini dari berlaku. Umat Islam di Britain diprovokasi oleh golongan-golongan yang anti kepada Islam. Malangnya kita melihat bagaimana akhbar memetik sebagai berkata"sekumpulan pemuda Muslim membaling kayu dan batu ke arah sekumpulan penunjuk perasaan anti-Islam". Ini seolah-olah umat Islam yang memulakan pergaduhan ini dan mereka berada di pihak yang salah dalam keadaan tersebut.

Pihak anti Islam sering menjadikan perkara yang mulia di sisi Islam seperti nabi Muhammad SAW, al-Quran, masjid, hijab dan sebagainya sebagai sasaran untuk memprovokasi umat Islam agar terpancing dan bertindakbalas dengan apa yang mereka lakukan. Amat hina apa yang dilakukan oleh golongan kufur ini. Pihak kufur tanpa henti akan terus berusaha untuk memadamkan cahaya Islam. Firman Allah SWT

" Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)". [TMQ At Taubah (9) : 32].

Inilah nasib yang menimpa umat Islam saat ini yang hidup dalam kehidupan yang tidak dinaungi oleh Daulah Islam. Tidak ada seorangpun pemimpin dunia umat Islam yang berani mempertahankan Islam dan umat Islam. Di manakah Mubarak, Raja Abdullah, SBY, dan yang seangkatan dengan mereka di saat umat Islam ditindas? Yang pastinya mereka sedang mabuk dengan kehidupan dunia yang menipu ini. Faktanya saat ini, semenjak serangan 11 September 2001, umat Islam sering dijadikan kambing hitam oleh musuh-musuh Islam yang tanpa rasa jemu terus mengsasarkan serangan mereka samada yang berbentuk pemikiran mahupun yang berbentuk fizikal kepada Islam dan umat Islam.

`Wahai umat Islam! Sudah sampai masanya Khilafah itu tertegak bagi melindungi dan menjaga kehormatan dan kemuliaan kamu.

Wahai umat Islam! Apakah kamu akan terus berdiam diri dengan membiarkan penghinaan ini terus berlaku?

Wahai umat Islam! Amat malanglah jika kamu terus bersikap sedemikian rupa.

Wahai umat Islam! Di manakah kemuliaan yang kamu miliki?

"Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" . [TMQ Al Munaafiquun (63) :8].

Wahai umat Islam! Kamu wajib untuk terus berpegang teguh dengan Islam. Kamu wajib untuk menyampaikan kebenaran Islam. Kamu wajib untuk menyatakan bahawa Islamlah satu-satu sistem kehidupan alternatif kepada kebobrokan dunia Kapitalisme hari ini.

satu artikel...ttg minyak

Apakah yang menyebabkan harga minyak melambung tinggi?

Terdapat pelbagai sebab mengapa harga minyak melambung tinggi. Pengaruhnya mengikut turutan adalah:

1. Spekulasi
2. Kapasiti penapisan minyak
3. Kadar penggunaan minyak yang semakin meningkat
4. Kemuncak minyak (Oil Peak) – sumber minyak dunia semakin berkurangan. .
5. Suasana geopolitik dan situasi ekonomi AS

Bagaimana para spekulator telah menyumbang kepada kenaikan harga?

Dana lindung nilai (hedge funds) dan bank-bank pelaburan di AS khususnya dan di dunia amnya terpaksa menghadapi kerugian akibat penyusutan nilai aset yang sangat besar dari keruntuhan pasaran sebenar di AS yang disebabkan oleh masalah yang dihadapi dalam sektor sub-prima. Untuk mendapat semula modal akibat kerugian yang dihadapi, para spekulator berganjak kepada sektor lain bagi mendapatkan keuntungan. Dan pilihan para spekulator adalah pasaran komoditi – terutama komoditi seperti makanan dan minyak yang boleh dipertaruhkan dan dapat menjamin keuntungan. Akibatnya, keuntungan yang diperoleh para spekulator 'dibayar' dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk dunia akibat dari peningkatan harga makanan dan minyak yang melampau. Laporan Penyelidikan Jawatankuasa Kecil Kekal Senat AS pada bulan Jun 2006 dalam "Peranan Spekulasi Pasaran dalam peningkatan harga minyak dan gas" menyatakan, "…terdapat bukti yang kuat menyokong satu kesimpulan bahawa spekulasi yang banyak dalam pasaran membawa kepada kenaikan harga yang signifikan.. ". Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh William Engdahl, seorang ahli geopolitik, beliau mendakwa bahawa lebih 60% dari harga minyak adalah merupakan kesan spekulasi.

Kapasiti penapisan minyak tidak banyak diperkatakan dalam sebarang perdebatan mengenai kenaikan harga minyak. Bagaimana ia member kesan terhadap harga minyak?

Mengeluarkan minyak dari bumi adalah satu persoalan, namun untuk mengeksploitasi pelbagai elemen yang terkandung di dalam minyak mentah memerlukan proses penapisan. Penapisan minyak melibatkan sebuah loji pemprosesan di mana minyak mentah diproses dan disaring menjadi produk petroleum yang berguna, seperti petrol, minyak diesel, minyak pemanas (heating oil), kerosin, dan cecair gas petroleum.

Penapis minyak beroperasi berdasarkan konsep `just-in-time' ; cara ini menjejaskan pembinaan lebih banyak kilang-kilang penapis baru. Kos yang tinggi dan masa yang panjang untuk membina kilang-kilang tersebut banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat mengenainya dan akibatnya ia hanya dibina apabila diperlukan sahaja. Harga minyak dan gas ini secara relatifnya adalah rendah sekitar 1980an dan 1990an; justeru terlalu sedikit kilang penapisan dibina. Lonjakan harga yang secara mendadak dalam akhir era 1990an tidak dijangka akan berpanjangan, justeru kapasiti penapisan tidak ditambah (melalui ramalan tawaran dan permintaan untuk 25 tahun akan datang). Kebangkitan India dan China berlaku sangat cepat dan mengakibatkan peningkatan kapasiti penapisan kilang sedia ada; inilah sebab mengapa sejak beberapa tahun yang lalu penapisan minyak mengalami kesesakana dan ini telah menyumbang kepada lonjakan harga di dalam produk-produk tapisan seperti petrol, nafta, minyak jet dan dan lain-lain.

Timur Tengah memiliki simpanan terbesar minyak dunia (61%) dan mengepam 31% daripada minyak dunia setiap tahun, tetapi hanya menapis 8% daripadanya.

Sungguhpun pengeluaran minyak terus meningkat dan walaupun penggunaan juga bertambah, namun dalam 30 tahun terakhir ini sangat sedikit kilang-kilang penapis minyak telah dibina di seluruh dunia. AS – pengguna terbesar minyak dunia tidak pernah membina kilang penapisan baru sejak 1976. Motif utama di sebaliknya adalah mudah - keuntungan yang diperoleh syarikat-syarikat minyak adalah rendah. Dalam era 1980an dan 90an, kilang-kilang penapis minyak milik Amerika bukan sahaja tidak ditambah, malah kilang yang sedia ada ditutup!. Dalam tahun 2001, Senator Ron Wyden penulis laporan lengkap bagi industry penapisan negara AS. Dia menyatakan bahawa antara 1995 dan 2001 terdapat sejumlah 24 kilang penapisan yang ditutup di Amerika Syarikat.

Apakah peranan dimainkan oleh permintaan global dalam peningkatan mendadak harga minyak?

Sejak awal abad ke-20, penemuan minyak telah membawa sebuah revolusi cara hidup apabila satu anjakan telah berlaku dari penggunaan arang batu dan wap kepada penggunaan minyak dalam kebanyakan mesin dan kenderaan. Sejak itu, dengan penciptaan teknologi baru, masyarakat di Barat menjadi semakin terlalu bergantung kepada minyak.

Penggunaan di Barat dan kebergantungan terhadap minyak telah memainkan peranan langsung dalam peningkatan harga minyak dan akan terus memberikan pengaruh yang kuat kepada harga minyak di masa akan datang. Oleh kerana ekonomi dunia Barat dibina di atas penggunaan (consumption) keperluan terhadap produk-produk berasaskan minyak seperti bahan bakar untuk kenderaan, bahan bakar untuk penjanaan elektrik, minyak pelincir, plastik dan kemudahan penyediaan makanan akan terus meningkat dan mempengaruhi harga minyak kecuali jika bahan bakar alternatif ditemui.

India dan China selalu dipersalahkan dalam hal ini, sejauh manakah kebenarannya?

Adalah sangat sukar untuk melihat bagaimana peningkatan berganda harga minyak dalam kurang daripada setahun merupakan akibat dari permintaan yang tinggi dari China dan India, walaupun sebenarnya pertumbuhan permintaan minyak di China semakin perlahan. Permintaan pertama China terhadap minyak diketahui sejak 15 tahun lalu, sementara pertumbuhan di India mula mendapat perhatian sejak bermulanya abad ke 21. Permintaan minyak mereka telahpun menjadi dimasukkan (factored) dalam harga minyak dan ia mustahil menjadi penyebab kepada lonjakan harga minyak secara tiba-tiba.

Ini juga menjadi alasan yang selalu digunakan oleh AS untuk menyalahkan kemajuan China dan India terhadap semua fenomena global yang berlaku daripada isu pemanasan global, peningkatan harga makanan, peningkatan harga logam sehinggalah isu terorisme pada masa hadapan.

Adakah dunia sudah kekurangan bekalan minyak?

`Puncak minyak (Oil Peak)' dalam bahasa mudah, adalah apabila separuh daripada semua pengeluaran minyak telah pun digunakan di mana selepas itu ia terus merosot. Teori ini mula diketengahkan pada tahun 1970an dan tidak diendahkan pada masa itu. Namun, di akhir abad ke-20 pengeluaran minyak mulai mengatasi penemuan minyak. Telaga minyak yang terbesar yang terbaru ditemui di Mexico pada tahun 1985, sementara majoriti pengeluar-pengeluar minyak hanya memiliki telaga-telaga yang telah wujud sejak tahun 50an. Dunia hari ini menggunakan empat kali lebih banyak daripada minyak yang ditemui. Syarikat-syarikat minyak telah membelanjakan harta yang banyak dalam usaha mencari telaga-telaga minyak baru, tetapi telaga-telaga yang mereka temui menjadi kecil dan semakin kecil, dan oleh itu hanya mengeluarkan sedikit minyak.

'Oil peak' ini mempunyai pelbagai ketidakpastian dan ini akan memainkan peranan dalam harga minyak pada masa depan, kebanyakan telaga-telaga minyak yang mampu dikomersialkan telahpun ditemui oleh itu sukar untuk dilihat di manakah lagi telaga-telaga minyak yang besar.

Sungguhpun teori ini dikatakan teori yang dipinggirkan pada tahun 1970an, namun hari ini ia memainkan faktor yang signifikan dalam menentukan harga minyak. Meskipun ia bukanlah suatu yang konkrit, keyakinan ramai penganalisis akan kesahihannya pasti memberi kesan ke atas peningkatan harga minyak meningkat.

Sejauh manakah masalah geopolitik dan masalah ekonomi mempengaruhi harga minyak dunia?

Terdapat beberapa faktor ekonomi dan geopolitik yang memainkan peranan utama dalam kenaikan harga minyak.

Dari aspek ekonomi, AS merupakan sebahagian penyebab kepada lonjakan harga ketika ini kerana minyak global dijual beli dalam dolar. Kebanyakan negara di seluruh dunia perlu menyerahkan matawang mereka sendiri supaya dapat membeli matawang dolar untuk kemudiannya digunakan bagi membeli minyak. Ini menjadikan kadar tukaran matawang di antara negara tersebut dan dolar satu isu kritikal kerana jika terdapat sedikit perubahan dalam kadar tukaran bermakna negara tersebut perlu meminjam wang untuk membeli komoditi asas ini. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, salah satu sebab utama lonjakan harga minyak yang mendadak ketika ini adalah kerana para spekulator memindahkan pelaburan mereka dari pasaran perumahan di AS kepada pasaran komoditi. Sebab kedua yang berasal dari AS yang menyebabkan kenaikan harga minyak adalah AS terus-menerus mencetak wang dolar untuk melepaskan diri daripada krisis sub-prima tersebut. Oleh kerana minyak dijual beli dalam bentuk dolar, harga minyak akan bergerak turun dan naik (fluctuate) apabila semakin banyak wang dolar bergerak dalam pasaran.

Perubahan kuasa membeli wang dolar boleh dilihat apabila ia dibandingkan dengan emas. Emas kekal stabil sejak abad yang lepas, malah sesungguhnya, hampir keseluruhan sejarah manusia. Harga 100 tong minyak yang diukur dalam unit auns emas masih kekal stabil di antara 5 ke 10 auns emas bagi 100 tahun terakhir ini. Hanya sejak 1973 ke 2008, harga setong minyak dalam dolar AS meningkat sebanyak 3300%. Dalam tempoh yang sama, jumlah auns emas untuk membeli 100 tong minyak hanya meningkat sebanyak 18%. Ini bukan bermakna hanya harga minyak yang turun-naik tidak menentu, namun hakikatnya, nilai dolar AS-lah yang tidak menentu. Inilah mengapa kebanyakan negara diseru untuk berjual beli minyak dalam matawang Euro.

Secara geopolitik, Iraq yang merupakan simpanan minyak dunia ketiga terbesar terus mengalami ketidakstabilan politik. Akibat dari ketidakstabilan ini, adalah mustahil untuk membawa potensi minyak negara itu ke dalam pasaran antarabangsa. Persaingan untuk menguasai bekalan minyak yang terhad di antara Kesatuan Eropah, AS, Jepun, China, India, dan Rusia akan memberikan impak yang sangat besar kepada harga minyak pada masa depan.

Bagaimanakah gambaran masa depan minyak (tenaga)?

Ketika ini populasi dunia adalah 6.7 bilion orang dan ia dianggarkan mencecah sehingga 8 bilion pada tahun 2050. Ini bermakna manusia akan lebih bergantung kepada minyak dan dengan penemuan baru yang terhad, ia memberi gambaran bahawa dunia terpaska menghadapi satu cabaran besar untuk mencari sumber tenaga alternatif.

Biofuels (bahan bakar bio) telah menarik perhatian ramai pihak sebagai satu alternatif. Walau bagaimanapun, ia akan mengalihkan penggunaan tanah-tanah pertanian dari mengeluarkan makanan kepada mengeluarkan bahan bakar. Teknologi bahan bakar bio masih lagi berada pada peringkat awal dan akan memerlukan sekurang-kurangnya 20 tahun lagi untuk teknologinya berada dalam arus perdana.

Seruan untuk menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) buat masa ini hanyalah wujud di meja-meja perbincangan di dunia Barat dan dalam banyak kes ia digunakan untuk merencatkan pertumbuhan China. Dalam banyak persidangan dan mesyuarat mengenai tenaga yang boleh diperbaharui, tidak banyak perkembangan yang signifikan ke arah itu dapat diperhatikan. Ini bermakna, kebergantungan dunia, terutama dunia Barat, terhadap minyak akan terus kekal di masa hadapan.

nak tidur??ingat satu perkara...

Amalan Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah... .

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. . . Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

· Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

· Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.

·
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
"Astaghfirullahalaz i m li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal
muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat "
Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimindan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."

· Dan,perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanira him sebanyak 21 kali.

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun
untuk tidur.Sekiranya dia tidur
mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt
hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat
yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk
tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu
Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati
syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin
seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak
Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia
hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia
dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur
basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.

9.membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

10.Tutup aurat ketika tidur.

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

jawapan bg yang x mengetahui

(1)Pakaian ketika menunaikan solat

Maka jawabnya tidak pun disyaratkan apa-apa pakaian, semua boleh asalkan menutup aurat. Yang sunnahnya ialah jubah dan gamis. Tapi bila pakaibaju yang pelik-pelik, dilaranglah oleh agama kerana menimbulkan fitnah.
Contohnya pakai baju yang ada tulisan hukumnya makruh, baju yang ada gambar orang yang sedang bercium hukumnya haramlah pulak.
Kalaupakai baju yang bukan bertulis dan bergambar tapi berpakaian yangpelik, haram juga kata setengah ulama' kerana menimbulkan fitnahseperti tok imam solat tidak pakai kopiah tapi pakai helmet dengan bajuhujan, walaupun sah solatnya tapi menimbulkan fitnah.


(2) Cara untuk melupuskan al-quran yang telah rosak

Makajawabnya cara terbaik sekarang ialah dibakar, dibakar kemudian ditunggusehingga dibakar keseluruhannya, apabila dibakar hilang rupa al-Quran,tiada suratan maka tiada lagi hukum al-Quran, tidaklah wajib ditanamabu itu cuma sunat ditanam.


(3)Masalah qada solat bagi wanita yang haid, ada ustaz yang mengatakankalau suci dalam waktu maghrib maka mesti qada 2 solat yang sebelumnya.

Makajawabnya kalau suci dalam waktu maghrib jadi tidak perlu diqada zuhurdan asar melainkan kalau suci dalam waktu asar tetapi tidak sempatsolat asar maka wajib qada solat asar.


(4)Hukum solat memakai baju lengan pendek atau melipat lengan baju

Makajawabnya tidak ada sebarang hadis yang menyatakan hukum memakai lenganpendek, ini hanyalah adab-adab solat. Yang paling afdol solat denganberlengan panjang.
Sebabitu setengah pendapat-pendapat yang mengatakan makruh itu bukandaripada nas, itu hanyalah pandangan dari tok2 guru kita yang menitikberatkan adab, yang memakai lengan pendek itu tidak menyalahi peraturansebenarnya Cuma adab-adab solat, lebih elok berlengan panjang.
Tidakada ulama' yang fatwa haram atau tidak sah solat bila berlengan pendek,bahkan ada di kalangan sahabat yang tidak memakai baju Cuma meletakkkankain di atas bahu.
Berkaitandengan berlengan panjang tapi melipatkannya pula menjadi lengan pendeksemasa solat, maka jawabnya ini pendapat ulama'- ulama' mengatakanmakruh kerana qias dengan hadis mengikat rambut semasa solat. Nabibersabda "siapa yang solat hendaklah dia melepaskan ikatan rambutnya".Supaya semasa kita sujud, rambut itu tidak terikat kerana rambut itujuga mahu sujud sama, kata Rasulullah rambut- rambut ini ingin sujudjuga, jadi bila diikat rambut itu, rambut tidak dapat bergerak ,seolah-olah kaku.
Nabitidak sebut mengenai melipat lengan baju jadi ulama' qias dengan hadisikat rambut itu dengan mellipat lengan baju semasa solat, jadi ulama'kata bila kita solat lengan baju ini dilipat jadi lengan baju tidakbergeraklah.
Sebaiknya semasa mahu solat dibuka lipatan lengan baju itu.
*Apayang ana nyatakan mungkin ada kekurangan, rujuk alim ulama' untukketerangan yang lebih, jika kurang faham setiap apa yang ana nyatakanberitahulah ..
mintatolong sangat2 disebarkan pada saudara2 kita yang lain, ramai lagi yangtidak tahu mengenai ini, lagi ramai tahu lagi ramai manfaatnya.. tidaksusah pun, cuma letakkan di buletin dan semua boleh baca dan tahu tapikalau itupun menyusahkan maka tak mengapalah, sudah baca punalhamdulillah. .
wallahu'alam. .

gambar dlm ka'abah..tgk2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh

Inside Ka'bah

Saudaraku seiman, gambar ini (bagian dalam Baitullah) adalah hadiah istimewa bagi kita semua
(terutama bagi yang belum pernah masuk atau belum pernah melihat/memiliki gambar seperti ini).

Semoga menambah keimanan kita, aamiiin....







Tak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini...

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita..

jadilah spt mus'ab bin umair

Ada seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakain yang paling mahal di Makkah. Dia adalah manusia yang ter'hensem' di Makkah.

Dia anak kesayangan. Apa yang dia mahu ibunya akan perkenankan. Tiada siapa di Makkah, baik muda atau tua, pemudi atau pemuda, yang tidak mengenali Mus'ab dan mengimpikannya.

Namun, lelaki `malaikat' ini, matinya bermandikan darah, tanpa dua belah tangan, dan kafannya tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Bila ditutup kepalanya, terdedahlah kakinya, bila ditutup kakinya, terdedahlah kepalanya. Akhirnya Rasulullah SAW menyuruh kepalanya yang ditutup dan kakinya ditutup dengan daun.

Matinya sebagai syuhada'

Rasulullah SAW bersabda berkenaan dirinya:

"Tiada lelaki yang lebih cantik daripada Mus'ab bin Umair di Makkah ini, tiada sesiapa yang memakai pakaian lebih baik daripada Mus'ab bin Umair. Tiada anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada dia"

Ya, itulah namanya. Mus'ab bin Umair RA.

Anda lihat, bagaimana manusia kaya di zaman jahiliyyah ini, bertranformasi menjadi seorang lelaki yang sanggup mengorbankan diri untuk Islam, dan akhirnya mati sebagai syuhada'.

Kisah Mus'ab bin Umair amat unik. Dia digelar `putera Makkah' kerana semua orang mengidamkannya, kerana kehensemannya. Tetapi apabila hatinya disentuh cahaya Islam, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan semua kesenangan yang ada pada dirinya.

Dia adalah anak yang paling dicintai ibunya. Segala kehendaknya ditunaikan. Tetapi apabila dia menganut Islam dan ibunya mengetahui, ibunya telah menarik semua kesenangan Mus'ab. Segala pakaiannya yang cantik-cantik, wang saku, semuanya ditarik. Malah Mus'ab dipulau.

Namun Mus'ab tidak melatah. Tidak pula dia rasa susah. Bayangkan, anda biasa hidup dengan RM10,000 sebulan. Tiba-tiba anda perlu hidup dengan RM10 sebulan. Apa perasaan anda? Tetapi Mus'ab bin Umair tidak berpaling daripada Islam yang mungkin orang memandang sebagai penarik kekayaan dan kesenangannya.

Kenapa? Kerna dia yakin ini adalah jalan yang sebenar. Jalan yang membawanya kepada Allah.

Bila ibunya tidak berjaya menarik Mus'ab kembali kafir, Ibunya mogok tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali. Ibunya bertahan sehingga nyawa-nyawa ikan. Melihat keadaan ibunya, Mus'ab berkata:

"Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali"

Ya. Itulah keteguhan.

Kita? Kadang-kadang ibu bapa sendiri suruh kita untuk taat kepada Allah. Tapi kita ingkar. Mus'ab bin Umair, ugutan ibunya tidak dijadikan alasan untuk meringankan tuntutan Islam.

Ibu, walaupun kafir, kita perlu taat kepadanya selagi mana dia tidak mengajak kita syirik kepada Allah atau melakukan perkara yang Allah larang. Tapi sekiranya mereka mengajak kepada keingkaran terhadap Allah, maka kita perlu membantah.

Mus'ab terus bertukar gaya hidupnya. Dari baju sutera termahal dan terbaik di Makkah, dari minyak wangi yang mampu dihidu dari jarak yang jauh, dari kulit licin cerah putih yang menawan, dia berubah menjadi seorang yang memakai baju lusuh bertampal-tampal, bau tubuh badan biasa, dengan kulitnya menjadi sedikit kasar kerana hidup dalam payah.

Rasulullah SAW apabila melihat Mus'ab bin Umair, baginda akan menangis. Sahabat-sahabat juga begitu. Hal ini kerana, mereka segan dengan besarnya pengorbanan Mus'ab bin Umair. Ya lah, dari putera Makkah, kepada manusia yang akhirnya diboikot tiga tahun tiga bulan bersama Rasulullah SAW, makan kayu daun kering. Siapa yang tidak akan rasa terharu?

Namun Mus'ab bin Umair tidak pernah menyalahkan Islam. Sedikit pun dia tidak pernah berkata Allah itu kejam kerana mneyusun hidupnya menjadi susah sebegitu walaupun dia telah memilih kebenaran. Tidak pernah keluar dari mulutnya rungutan dan keluhan atau rasa menyesal menagmbil Islam.

Tidak pernah.

Kemudian Allah memuliakan Mus'ab bin Umair. Rasulullah SAW memilih Mus'ab sebagai pendakwah ke Madinah. Kesungguhan Mus'ab bin Umair membuatkan tidak ada satu pun pintu yang tidak diketuk oleh sinar Islam.

Akhirnya, majoriti penduduk Madinah Islam di tangan Mus'ab bin Umair.

Sa'ad bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah sebagai ketua kaum Aws. Dia datang dengan marah ketika Mus'ab bin Umair sedang menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja, dia terus menarik baju Mus'ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus'ab. Dia menyuruh Mus'ab menghentikan usaha dakwah.

Mus'ab tidak melenting atau menentang. Kata Mus'ab:

"Apa kata kau duduk dahulu dan mendengar apa yang aku hendak katakan? Kemudian jika kau suka, kau boleh ikuti. Jika kau tidak suka, maka aku boleh pergi"

Kelembutan Mus'ab dan ketenangannya, membuatkan hati Sa'ad bin Muaz lembut. Apabila dia mendengar kata-kata Mus'ab, ceramah Mus'ab dan Islam yang Mus'ab sampaikan, Sa'ad bangun. Dia berkata kepada Mus'ab:

"Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya? "

MasyaAllah. Begitulah dia Mus'ab bin Umair.

Rasulullah SAW pun memuliakannya.

Ketika Peperangan Uhud, Mus'ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji.

Peperangan itu, menyaksikan Mus'ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.

Mus'ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua pangkal lengannya. Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid.

Saat syuhada' Uhud hendak dikebumikan, mayat-mayat syuhada' Uhud ditutup dengan kain. Kain yang menutup Mus'ab bin Umair tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Jika kepalanya ditutup, maka kakinya terbuka dan begitulah sebaliknya.

Melihat keadaan ini, Rasulullah SAW menangis.

Akhirnya diarahkan untuk menutup kepala Mus'ab bin Umair dengan kain, manakala kakinya ditutup dengan daun kering.

Begitulah dia kisah seorang syuhada', `putera Makkah' yang telah berkorban.

Pembaca-pembaca, ketahuilah bahawa, itulah namanya pengorbanan. Kadangkala, kita menyedekahkan seratus dua ringgit, kita rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan gaji kita RM10,000 sebulan.

Kadangkala, kita dapat bangkit qiamullail dua rakaat, kita sudah rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan kita bangkit itu sekali sahaja dalam setahun. Malah banyak hari kita terlajak subuh.

Kadangkala, kita dapat berpuasa sunat sehari. Kita berlapar. Kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita berpuasa sunat itu sekali sahaja dalam beberapa bulan.

Kita baru studi sejam dua, kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita leka dan lalai berpuluh-puluh jam lamanya.

Amal kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Sumbangan kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Hakikatnya, kita tidak faham apa itu `korban'. Pengorbanan yang sebenar adalah seperti apa yang ditunjukkan Mus'ab bin Umair kepada kita.

Sedangkan Islam, untuk bangkit seperti zaman kegemilangannya, memerlukan manusia-manusia yang sedia berkorban seperti Mus'ab Bin Umair. Pengorbanannya menonjolkan keimanannya. Kerna, manusia yang benar-benar beriman kepada Allah, dia akan faham dengan sebenarnya akan kata-kata:

"Cukuplah Allah sebagai wakil"

MasyaAllah…

Sama-sama lah kita, muhasabah diri kita, dengan sirah Mus'ab bin Umair ini.

Semoga kita berjaya menjadi hamba sepertinya.

Dia adalah antara anak-anak di madrasah Rasulullah SAW, yang melihat dunia dari jendela akhirat.

Semoga Allah bantu kita untuk menjadi seperti dia.

Ps: Adik sama nama Mus'ab, semoga Allah bantu dia menjadi seperti Mus'ab bin Umair…

Sunday 5 July 2009

TERKINI~rejab, sya'ban & Ramadhan 1430H




RAMADHAN KIT!!!
akan menemui anda mulai 7/7/09
**tempahan boleh dibuat mulai sekarang

harga istimewa:
1-10 set: RM20.00
11-24 set: RM16.00
25 set ke atas: RM14.00

*urusniaga TUNAI SAHAJA (barangan akan dikirim sebaik sahaja bayaran penuh dibuat)

--------------------------------------
dengan hanya RM20 anda akan memperolehi:
D.I.Y Ramadhan Countdown
D.I.Y Ramadhan Mini Flyers
D.I.Y Sampul Duit Sedekah Ramadhan
D.I.Y Qiyam Door Holder
Little stickers for the soul (2types)
Ramadhan postcards (4pcs)
Little Book (Laa Taghdhob)
Kotak kurma (2pcs) + 2pcs little cards
Qiyam Sling Bag
Handout: 10tips to prepare yourself and your family for Ramadhan**Pengedar yang membeli 25set ke atas akan mendapat sekeping poster

untuk maklumat lanjut..sila ke http://krafhati.blogspot.com

Sunday 31 May 2009

KEAJAIBAN AL-QURAN....

huwaaarrgghh....lame dah tak update blog nie..pasti ramai yg tertunggu-tunggu..(ceh poyo jerk).ok laa ..straight to the point..ana mulakan coretan dalam post kali ini dengan satu ayat qurán yang bermaksud:"dan dialah yang menjadikan semuanya dan menjadikan kapal dan binatang ternakan untuk kamu tunggangi"(az-zukhruf : 12)

seperti yang diterangkan ayat di atas dan juga beberapa ayat yang lain dalam qurán,Allah telah menjadikan setiap satu itu berpasangan. mengikut sebuah kajian yang dijalankan, didapati qurán mengandungi mukjizat yang besariaitu beberapa buah perkataan telah disebutdengan jumlah yang sama dengan pasangannya. berikut adalah hasil kajian tersebut...

lelaki=24 perempuan=24 (AYAT)
dunia=115 akhirat=115 (AYAT)
malaikat=88 syaitan=88 (AYAT)
hidup=145 mati=145 (AYAT)
manfaat=50 mudharat=50 (AYAT)
manusia=50 rasul=50 (AYAT)
muslimin=41 jihad=41 (AYAT)

dan yang mengejutkan adalaah bilangan perkara2 di bawah....


bulan=12 (AYAT)
hari=365 (AYAT)
laut=32 (AYAT)
darat=13 (AYAT)

laut+darat=45
laut=32/45=71.11%
darat=13/45=28.89%

sains moden telah membuktikan bahawa 71.11% permukaan bumi diliputi lautan
manakala 28.89% lagi diliputi daratan


firman Allah s.a.w: "inilah kitab yang disusun rapi ayatnya kemudian diterangkan dengan terperinci oleh Yanag Maha Bijaksan lagi Maha Mengetahui" (surah hud : 1)

Thursday 23 April 2009

.....faedah solat di awal waktu....

Mengapa solat awal waktu? Apakah kelebihannya?

Saudara,

Apabila azan dilaungkan maka frekuensi azan akan dirambatkan keserata tempat. Frekuensi azan ini akan menjadikan frekuensi sekitar ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Untuk memahami tentang frekuensi, sila rujuk artikel frekuensi yang saya jelaskan sebelum ini di sini.

Mari bersolat DI AWAL WAKTU secara BERJEMAAH

***

Saudara,

Air merupakan salah satu makhluk Allah yang mampu untuk menurunkan frekuensi gelombang otak ke alpha dengan cepat. Kerana itu apabila kita berada di dalam keadaan marah, kita diminta untuk mengambil wudhuk agar kita menjadi tenang.

Begitu juga jika anak menangis. Kita boleh sapukan dengan air sambil meminta izin pada Allah dan berkomunikasi dengan air itu sendiri. Air juga makhluk Allah dan kita meminta bantuan air sepertimana kita meminta pada manusia. Ingatlah semua benda di dunia ini adalah makhluk Allah. Milik Allah.

Juga lagi jika kita berada di dalam keadaan stress akibat kerja yang banyak atau juga stress kerana study (baik untuk mereka yang sedang membuat PhD), minumlah air yang banyak. Air boleh menenangkan stress.

Mohonlah agar diberi ketenangan daripada Allah kerana Allah adalah pemilik kepada air dan diri kita. Mohonlah juga kepada air atas hubungan sesama makhluk iaitu kita dan air.

***

Berbalik kepada solat awal waktu. Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk.

Deep theta + Alpha = theta atau deep alpha

Jika kita solat di tengah atau di akhir waktu, maka tenaga frekuensi azan ini telah berkurangan dan mungkin sudah habis. Maka agak sukar sedikit untuk mencapai tahap theta tersebut.


Jika kita bersolat di masjid atau surau secara berjemaah, maka lebih kuat frekuensi thetanya kerana dari masjid dan suraulah azan dilaungkan. Sebab itu kita lebih mudah mencapai tahap khusyuk jika bersolat di masjid atau surau di awal waktu. Maha Besar Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak ada sia-sianya.

***

Saudara,

Marilah kita berkomunikasi dengan Allah meminta agar kita sentiasa bersolat di awal waktu. Jika kita malas, atau ada lagi kerja yang ingin dilakukan, maka berkomunikasi dengan Allah dengan memohon keizinan untuk solat lewat waktu.

“Ya Allah, aku ingin buat kerja dahulu ya Allah. Aku ingin siapkan sedikit sahaja lagi kerja ini. Aku minta kebenaran padaMu ya Allah. Izinkan aku solat lewat”.

PERCAYALAH. Pengalaman saya berkomunikasi dengan Allah sedemikian rupa TIDAK akan membawa kepada apa-apa kejayaan. Hati dan jiwa saya serta tubuh saya secara automatik akan bangun dan terus mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat. Permohonan saya untuk lewat solat sentiasa menemui KEGAGALAN.

***

Semoga Allah sentiasa melimpahkan ilmunya kepada kita semua. Ameen.




" untuk pengetahuan , artikel ini diambil dari 'I LUV ISLAM'...semoga bermanfaat untuk antum yang sedang mencari kekhusyukan di dalam solatnya..insyaAllah..ana sendiri pernah melalui nya dan hasilnya memang khusyuk lebih atau boleh dikatakan khusyuk hampir keseluruhan solat insyaAllah, berbanding jika solat di akhir atau ditengah2 waktu...wassalam

Saturday 18 April 2009

5 tips berurusan dengan lelaki...

Salam..ana jumpa artikel ini di iluvislam.com. ...rasa sayang pulak kalau tak kongsikan kepada kakak-kakak dan adik2ku seislam di ruangan ini...moga bermanfaat untuk kalian dalam mengikuti jejak2 isteri nabi s.a.w. yang mana sebaik-baik contoh ikutan bagi kaum Hawa...Selamat membaca dan beramal...Sebar2kan lah kalau rajin..

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa " YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan."

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you're talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori "dari mata turun ke hati" itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan.." . Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

Friday 17 April 2009

EMINENCE....(MY NASYEED GROUP)

Eminence merupakan sebuah kumpulan nasyid yang ditubuhkan oleh pelajar Sek.Men Sri Al-Amin Bangi sendiri.Maksud "eminence" ialah "keunggulan".Eminence mula ditubuhkan pada tahun 2007.Ketika itu mereka dianggap sebagai eminence generasi pertama sehinggalah pada akhir tahun 2008,kami muncul sebagai eminence generasi kedua.
Kami terdiri daripada 4 orang,Imran,Nu`man,Azzam dan Muzzammil dan ketua bagi kumpulan kami ialah Imran.Kami selalu juga membuat persembahan di kenduri-kenduri kahwin,program MAGMA,program di sekolah dan lain-lain lagi.
Sebenarnya kumpulan nasyid Sek.Men Sri Al-Amin Bangi telah lama ditubuhkan dan nama asalnya ialah kumpulan "Fauzan".Setelah dibincang kembali,nama "Fauzan" itu agak kurang menarik bagi remaja-remaja zaman sekarang terutamanya.Mereka lebih sukakan nama yang menggunakan bahasa inggeris seperti "nice","Al-gebra","Devotes" dan "eminence" sendiri.Jadi kami juga akan menggunakan tektik sebegini untuk memikat hati para pendengar.Insya-Allah..
Kumpulan kami lebih kepada "nasyid pop".Kami memilih konsep nasyid pop kerana ia mudah diterima oleh semua orang tidak kira orang yang meminati nasyid traditional,acapella,R&B mahupun orang yang meminati lagu Rock.Buat masa sekarang ni,sudah banyak kumpulan nasyid yang memakai konsep nasyid pop seperti "Mirwana" dan "nice".
Walaubagaimanapun,objektif "eminence" adalah untuk menyampaikan kefahaman kepada para pendengar tentang islam juga untuk mengalih minat para pendengar daripada meminati lagu yang kurang baik kepada yang lebih baik.Album yang kami hendak lakukan kali ini adalah lebih kepada mengharumkan nama sekolah kami.Wallahu a`lam...

Sunday 8 March 2009

::tazkiyyatun nafs (pembersihan jiwa)::

salam alaikum sume....lame ana x tulis post baru..xde idea laa..tapi nak tanak kene tulis gak, drpd wat mende lain baik lis blog. wat takirah untuk diri sendiri dan korg sume...dakwah itu wajib. dakwah tu sunnah nabi...hmm sunnah nabi ade 2 iaitu sunnah syar'iyyah dan sunnah ghairu syar'iyyah..sunnah syar'iyyah nie wajib kite wat..cth cam solat...solat tu fardhu..tapi solat 3 rakaat maghrib tu sunnah syar'iyyah..make wajib kite wat 3 rakaat solat maghrib..takleh tambah2..kalo tgk tiap ibadah ade sunat die...cth cam solat..solat sunat,puase...puase sunat...tapi dakwah..takde sunat2...kene wat sume ..wajib..tak terkecuali sorg pon..k....jd tazkirah ana hari nie berkenaan dengan pembersihan jiwa ataupun tazkiyyatun nafs...arab nye..seperti yg kite lihat zaman skarang nie...hancur semua..akhlak ntah ke mane..ibadah ape tah lagi...taqwa pulak dh x jumpe..dah hilang dalam diri..bile perkare nie berlaku..make kite kene kembali balik kpd fitrah kite..ape die???iaitu..tujuan kite dihidupkan oleh Allah..."tidaklah Allah menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kpd Allah"...dalam surah al baqarah pulak..Allah suruh kite jd khalifah di muke bumi...hmm..klu tgk zaman skarang nie ramai org yg islam tapi seakan2 munafiq..ataupun mmg munafiq betul..ape ciri2 munafiq??...lewatkan solat, menipu, khianat, dan lain2 lagi..knp jd camtu...hati....hati nie mmg mudah tertarik dgn suasana dunia..jika baik dunia tu make baik la penduduk nye..jika sebaliknya, maka sebaliknye..lagi satu..hati nie mudah sangat nak ikut tuntutan setan...bila iman x menambah, make itu susah kerane setan sentiase bertambah...jadi, tazkiyyatun nafs nie kene wat tanpe henti sampai mati supaya iman kite insyaAllah sentiase tambah...care2 nye ade banyak..tapi ana juz sebut ape yg terlintas di fikiran jelaa..
1. mencontohi akhlak Rasulullah

2. jgn sebarkan aib/keburukan org lain

3. mujahadah/bersungguh2 tika sedang membersihkan jiwa

4. sentiase memaafkan org lain/sabar

5. cube tingkatkan taqwa kpd Allah

6. cube lari dr godaan setan

7. sentiase muhasabah diri..sehari paling kurang sekali (sebelum tido)

selain itu..kite kene tahu jugak perkare2 yg menghalang kite dr membersihkan diri....

1. kekeyaan..kekadang ia boleh buat kite tenggelam dalam kemewahan hidup...para sahabat kalo die dapat harta karun..make die akan nangis..sbb harta nie kekadang dapat jauhkan diri kite dr Allah...harta akan takutkan kite kpd mati...harta dapat lupakan kite ttg umat...harta dapat membuat kite hilang rase izzah dengan islam...ana x kate sume org kaye camnie...tapi ade segelintir/ kebanyakkanya....maknenye ade laa org kaya yg macam nie...tak lupe juga org miskin..hehe..

hmm..jd.... ana rase tu je kot....hehe...sory kalo ending x memuaskan..^_^

akhir kate,:::kalau x kerane Allah..make hati kite takkan bersih...k salam alaikum..

Tuesday 17 February 2009

Abu Nawar dan helahnya....^_^

salam alaikum kepade para pembaca blog ku..pertame skali ana ucapkan terima kasih bebanyak kepade pembaca dan sekiranya antum rasa blog nie bermanfaat untuk org lain, maka ana mintak untuk antum sebarkan...k...untuk post kali nie ana nak citer ttg Abu Nawar..sape kenal??hmm..sebenarnye ana dengar citer ni pun dr murabbi ana..time tu tgh blaja ilmu tajwid (bab waqaf)..seperti yg antum tahu, bile bace qur'an, kite bole behenti kat tempat yg ade waqaf dan tempat yg tiade waqaf untuk mengambil nafas sekejap dengan niat kite akan sambung balik bacaan yg terhenti tu..tapi, bagi tempat yg tiada waqaf, kite kene hati2 utk berhenti. sbb jik kita berhenti di tempat yg salah maka itu dosa...kalau tak tahu makna mungkin tidak mengapa lagi..tapi jika kite tahu makna dan kite tahu tempat tu takleh nak berhenti, tapi kite sengaja berhenti kerana nak menghina Allah..cth seperti ayat "laqad sami'allahu qaulal laziina qaaluu innAllaha faqiirun wananhnu aghniya' "(..maksudnye: " sesungguhnye Allah dengar mereka berkata, sesungguhnya Allah itu miskin dan kami(hamba-Nya) kaya "(surah ali imran..: 181 )..ayat nie kene bace dr mula sehinggalah ade waqaf tam yg ditetapkan kat atas perkataan "aghniyaa'..tetapi, ade seorg manusia yg pernah membace ayat nie secare kuat2 di tengah khlayak ramai.bacaan nye camnie.."laqad sami'Allahu qaulal laziina qaaluu"....die berhenti kat situ, kemudian die sambung " innAllaha faqiirun wa nahnu aghniyaa' " bile die bace camtu make org akan kate die nak menghina Allah..sbb bile die sambung dr ayat innAllah...make maknenye die cakap.."sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya".siapekah die????....dialah Abu Nawar yg mana antara org penting dalam sesebuah negara(ulamak) ketika zaman khalifah Harun Arrasyid...satu hari die membacekan ayat di atas di tengah khalayak ramai..org sume pelik sbb mana mungkin ulamak pun membace ayat sebegitu sedangkan die dah tahu ayat tu boleh membuatkan kite menghina Allah..lalu Abu Nawar ditangkap dan dihadapkan ke depan khalifah Harun Arrasyid..lalu khalifah bertanya:

"mengapa kamu berbuat begitu wahai Abu Nawar sedangkan kamu dah tahu itu salah".

Abu Nawar menjawab: "ape yg aku katakan adelah benar wahai tuanku".

.khlifah:"buktikan!!!!"...

Abu Nawar:"ayat al quran sendiri telah kata dalam surah (al ikhlas).."dan Dia(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan", dalam hal ni akulah lagi kaya dr Allah kerana Allah tidak mempunyai anak dan keluarga sedangkan aku mempunyai keluarga dan anak2.make dalam hal nie akulah yg lebih kaya berbanding Allah...

khalifah:"hmm...tepat juga jawapan kamu..tapi, kenape kamu wat camtu sedangkan kamu tahu mende nie dapat menimbulkan fitnah org terhadap mu....ape tujuan kamu sebenarnye??.

.Abu Nawar:"sebenarnye aku saje wat camnie supaya kamu menangkap ku, dan apebila aku memberi jawapan yg tepat..maka kamu akan bg aku sedikit wang atau apa2 yg bermanfaat utk diriku..dan pasal fitnah pula..bile aku dah memberi tahu kamu jawapan itu maka kamu yg akan memberitahu jawapanku kpd org ramai.

...........k tamat di situ....ade org kata Abu Nawar nie cam Mat Jenin lah jugak...haha..tapi akhirnye die dapat laa ape yg dihajatkan iaitu wang yg agak banyak .....tapi, zaman skarang nie jgnlaa wat perangai camtu...leklok dah jd ulamak tak pasal2 org anggap kite Ayah Pin lak..kalo yg tak jadi ulamak lg laa..tak tau ape kesudahan citer die an...walaupun niat die lain..tapi ingatlah...zaman skarang nie penuh ngan fitnah...tanpa kaji balik lak uh...hmm...so..sampai sini je kot..hehe..cam biase, akhir kata .....tingkatkan ketakwaan kite kpd Allah...ubahlah sikap kite yg teruk supaya kite tidak melakukannya lagi...wat amal sunat bebanyak..paling penting qiamulail.........assalamualaikum -_^.